Blogger Backgrounds
welcome to my blog
nur faraheyda anuar

Tuesday, 19 June 2012

.: Harapan dan kembali - taubat dan doa ;.




Assalamualaikum, aku tengok video ni berulang kali Puas hati sangat.

Ya, aku bukanlah seorang yang baik. Apatah lagi dengan masa lalu yang penuh dengan kejahilan, dosa- dosa yang tak terpikul banyaknya. Tapi, aku nak kongsi jugak dari pendapat aku sendiri, kalau kita nak tunggu orang yang sempurna nak tegur kita memang payah. Dan tak kan lah orang yang tak sempurna tak boleh nak suarakan pendapat atau teguran untuk kita sesama sendiri. Ingat, tiada yang sempurna kecuali Rasulullah yang tak terlawan oleh sesiapa.

Kita seringkali tahu apa yang kita buat tu salah. Tapi kita sering mengulangi kesalahan tersebut. 
Maka?
Saudaraku, jangan sampai Allah buka aib kita. Ingatlah, kalau Allah buka aib kita, masa tu ya Allah, bagaimana perasaan kita? Namun, kita juga kena ingat Allah tak pernah menutup pintu taubat nya.

Fitrah manusia melakukan khilaf. Tiada jalan penyelesaian melainkan taubat (kembali) dan doa (harapan).

Kadang- kadang kita lupa Allah bila kita diberi nikmat olehNya. Sebab tu kadang- kadang Allah bagi cubaan sampai kita terduduk jatuh longlai, Allah lanyak kita. Tapi Allah nak kita sujud dihadapanNya. Meminta merayu denganNya. Allah bagi apa yang kita nak tapi, Dia tak akan bagi semua. Takut kita jadi lalai, lalai dan makin lalai. Bukan Allah tak dengar doa kita tapi Allah lebih mengetahui apa yang kita perlukan.

Kalau kita banyak sangat buat dosa dan sampai satu tahap bila kita nak berdoa dengan Allah,

kita cakap dalam hati :

'Aku doa macam ni, Allah terima ke tak doa aku. Aku banyak buat dosa'

syaitan yang Allah laknat pn Allah makbul doa nya. Inikan pula kita sebagai hambanya. Kita sujud sehari semalam, atau lebih pada tu, tak kan Allah tak dengar.


Syaitan minta panjangkan hayatnya sampai kiamat, Allah bagi.

Janji Allah : 

'berdoalah kepadaku, nescaya Aku bagi'

Sesungguhnya Allah tak memungkiri janjinya. Tak cukup yakin kah kita akan janji Allah?

Solat sunat taubat, jom kita buat banyak kali.
Sebab kita buat sekali dua belum tentu dah diterima. Mintak la h masa sujud terakhir lepas solat. Minta lama- lama masa tu dan lepas baca tahiyat sebelum salam Mintak doa.

Bila kita rasa dah makin lalai dan tak tenang walaupun solat dan Al-Qur'an tak tinggal.

kita nak buat solat sunat taubat tapi bila fikir:

'kalau solat sunat taubat tapi lepas tu ulang pula kesalahan sama, tiada guna jugak'

Saudaraku, tengok balik video di atas. Menjawab semuanya.

Jika kita masih lagi berada di takuk lama, masih lagi melakukan dosa berulang kali, tanya diri :


'Sudikah Allah bersamaku?' 


Aku nak sangat diberi kesempatan dan peluang macam orang lain yang dapat berubah ke arah kebaikan. Teringin sangat nak berubah seratus peratus dari yang sekarang. Ya, aku sedar diri aku banyak kurangnya terlampau banyak. Tapi, tak salah kalau kita mencuba, ke arah kebaikan. Jangan pula terus lemah semangat bila orang- orang sekeliling kita mengeluarkan kata- kata yang negatif sebagaimana.

contoh:

'eleh, minah ni nak berubah? Please la. Orang macam kau nak jadi baik? Macam aku tak tahu perangai kau teruk. Tak payah nak percaya la dia boleh berubah jadi baik'

Perlu ke dilontarkan tohmahan macam tu? Ingat, jangan sesekali engkau hinakan mereka yang masih lagi merangkak- rangkak nak mencari ilmu agama,  kerana kamu tak akan pernah tahu, bila mana dia akan berubah, mungkin dia akan melebihi tahap keimanan yang kamu banggakan. Kita tak tahu, tapi Allah tahu.

InsyaAllah, ada lagi masa untuk kita mencari ilmu sebelum terlambat rebutlah. Kita tak tahu bila ajal kita. Mungkin esok, mungkin lusa dan Mungkin malam ini. InsyaAllah, kalau kita meletakkan Allah dihadapan seperti mana yang kita gembar- gemburkan bahawa.

'carta pertama yang aku sayang ialah, Allah'


maka akan dapat hasilnya.

Hidayah perlu dicari.
Kalau nak tunggu hidayah datang sendiri,
sampai bila- bila pn tak akan berubah.

My friend, InsyaAllah, I will change for good. Please, pray for me like you always do.

No comments:

Post a Comment