Blogger Backgrounds
welcome to my blog
nur faraheyda anuar

Monday, 2 January 2012

.: dia shafar:.


Selamat tengah hari semua, harap semua dah kenyang makan tangah hari. Aku disini masih ingin mencurah segala yang aku rasa. Kalau korang bosan membaca, itu semua tak ada kena mengena dengan aku. Peace :)

Dan sekarang aku nak kongsikan siapa teman lelaki aku dan aku harap aku dengan dia berkekalan sampai bila-bila walaupun sebelum ini ada perbalahan antara kita orang. Okey, sekarang ini tak nak cerita benda yang lepas. Kita bukak buku baru.




ini lah dia jejaka hati aku. Nak tahu antara sebab-sebab aku perlukan dia selain keluarga aku sendiri.
  1. seorang lelaki
  2. membimbing tentang agama
  3. ingat pada allah s.w.t
  4. hormat orang tua
  5. hormat wanita
*sila muntah...hehehe

perbezaan umur kita orang memang berbeza, tapi itu bukan alasan untuk memilih jodoh. sekarang hanya berserah pada takdir sebab tuhan menentukan dan kita sebagai manusia hanya mampu merancang.

*semoga berkekalan antara aku dan dia


Sunday, 1 January 2012

.: kesabaran :.

selamat pagi

hari ini merupakan tahun baru untuk 2012. tak dapat diungkapkan perasaan aku pada pagi ini yang amat kecewa sekali. mungkin korang tertanya-tanya kenapa aku begini. aku sendiri tak dapat meluahkan pada entry ni sebabnya benda ini terlalu menyakitkan hati aku. aku hanya mampu menceritakan apa yang aku rasa.

aku cuba untuk kuatkan semangat aku ini dan aku tak boleh jatuh sebegitu saja. aku yakin tuhan sedang menguji ketabahan aku. sekarang ini harus fikir positif sahaja dan jangan cepat melatah sebab panjang lagi perjalanan hidup aku selagi ajal tidak menjemput aku.

kadang-kadang aku terfikir, adakah semua ini aku yang cari atau aku yang ingin. tapi, kenapa mesti aku mencari permasalahan begini. mungkin aku tak berfikir panjang sebelum bertindak. huuhhhh......... mengeluh sendirian aku bila memikirkan nya.

realitinya sekarang benda ini pun sudah belaku. aku harap benda ini tidak berpanjangan sampai bila-bila dan aku harap jugak aku tidak ditempuhi dugaan sebegini lagi sebab berkait rapat dengan hati. hati temannya kesabaran dan pertimbangan. kalau hilang pertimbangan, hati juga rasa dan berlaku lah perkara yang tak diinginkan.

semoga aku terus tabah dan aku yakin tuhan sentiasa ada membantu umatnya dalam kesusahan.