Blogger Backgrounds
welcome to my blog
nur faraheyda anuar

Sunday, 15 July 2012

BERUBAH

aku cuba ubah cara kehidupan aku,
aku cuba ubah kemahuan aku,
aku cuba ubah perasaan aku,
aku cuba ubah hati aku, 
aku cuba ubah segala kekurangan dalam diri aku
tapi...
aku tak boleh ubah ketentuan illahi.

BERDOA

aku hanya mampu berusaha untuk teruskan kehidupan ini,
aku hanya mampu mencapai kemahuan aku,
aku hanya mampu layan perasaan,
aku hanya mampu pendam didalam hati,
tapi...
aku tidak penah putus berdoa kepadaNYA.

aku tidak pernah henti untuk mengenal erti kehidupan sebenar walaupun aku banyak sia-sia peluang yang ada.






Wednesday, 20 June 2012

.: dosa :.

Terkenang dosa-dosa lalu
Dosa-dosa yang menimbun, menggunung tinggi
Timbunan dosa yang cukup untuk membuatkan aku terhumban ke neraka.


Aku takut Ya Allah,
Ampunkan aku Ya Allah.



Ya Allah, aku mohon pada Mu Ya Allah,

Janganlah Engkau buka aib ku di akhirat nanti,
Janganlah Engkau tayangkan semua dosa-dosa ku di akhirat nanti. 


Aku malu Ya Allah...

Aku benar-benar mahu bersihkan diri dari segala dosa silamku Ya Allah...



Teringat dosa-dosaku yang lalu.

Solat aku entah kemana selalu terlajak,
SeruanMu aku buat tak endah saja.

Mulut pemberianMu ini, tidak aku gunakan dengan betul Ya Allah,
Aku mengumpat, mencaci, mengejek dan mengutuk,
Aku tidak menyebarkan syiarMu dengan mulut ini Ya Allah.

Ilmu aku telah dipersiakan Ya Allah,
Aku sekadar belajar belajar tapi, tidak beramal,
Aku hanya bercakap tapi, tak buat Ya Allah,
Aku tidak berdakwah dengan ilmu yang ada Ya Allah,
Besarnya dosaku ini.

Nafsu aku ku biarkan menguasai diri ini,
Aku telah melampaui batas Ya Allah, 
Aku tidak berusaha untuk melawannya dengan bersungguh-sungguh Ya Allah,
Aku terlalu mengikut nafsu Ya Allah...aku lemah Ya Allah...lemah.

Al-Quran, kalam Mu yang agung,
Aku tidak beramal dengannya,
Aku tidak memahami dan menghayati maksudnya,
Aku telah mengabaikan suruhan dan laranganMu yang ada di dalamnya,
Berdosanya aku Ya Allah.

Banyak lagi dosa-dosaku Ya Allah,
Aku mengaku aku bersalah,
Aku mengaku aku salah memilih jalan Ya Allah,
Ampunkanlah aku Ya Allah.

.: aku ingin bertaubat :.

Aku tersentak,
Aku menangis,
Aku terduduk melutut'
Sesal dengan diri ku sendiri,
Sangat menyesal.

Sudah 20 tahun aku hidup di bumi Allah ini,
namun...

Ya Allah,
betapa banyaknya kemungkaran dan dosa-dosa yang telah aku lakukan
Banyaknya maksiat yang telah aku lakukan dengan senang hatinya

Ya Allah,
aku telah banyak lalai dan leka dengan Mu
Aku telah jauh dari tali Mu
Aku telah jauh Ya Allah, aku telah terpesong Ya Allah

Jauh di sudut hati ku ini, aku ingin berubah.
Aku ingin bertaubat, kembali kepada Mu Ya Rabb...
Tapi,
aku tidak tahu Ya Allah, AKU TAK TAHU YA ALLAH

aku ingin bertaubat Ya Allah...
Tolonglah aku Ya Tuhan,
Tolonglah...

Aku amat memohon kepada Mu, dengan serendah hati ku ini, terimalah taubat ku Ya Allah.
Aku berlutut, aku bersujud dengan penuh rasa kehambaan

TERIMALAH TAUBAT HAMBAMU YANG LALAI DAN SOMBONG INI YA ALLAH
TERIMALAH TAUBAT KU INI YA ALLAH....
TERIMALAH YA ALLAH...


Ya Allah,
aku ini hanyalah hambaMu yang kerdil,
Yang tak berdaya dan tak berkuasa,
Yang sedang mencari jalan pulang.

Aku ingin pulang kembali kepangkal jalan Ya Allah
Engkau terangkanlah jalan ini agar aku dapat kembali pada Mu Ya Allah.

Berilah aku kesempatan waktu walau sedikit Ya Allah
Aku ini benar-benar menyesal Ya Allah.

Tuesday, 19 June 2012

.: Harapan dan kembali - taubat dan doa ;.




Assalamualaikum, aku tengok video ni berulang kali Puas hati sangat.

Ya, aku bukanlah seorang yang baik. Apatah lagi dengan masa lalu yang penuh dengan kejahilan, dosa- dosa yang tak terpikul banyaknya. Tapi, aku nak kongsi jugak dari pendapat aku sendiri, kalau kita nak tunggu orang yang sempurna nak tegur kita memang payah. Dan tak kan lah orang yang tak sempurna tak boleh nak suarakan pendapat atau teguran untuk kita sesama sendiri. Ingat, tiada yang sempurna kecuali Rasulullah yang tak terlawan oleh sesiapa.

Kita seringkali tahu apa yang kita buat tu salah. Tapi kita sering mengulangi kesalahan tersebut. 
Maka?
Saudaraku, jangan sampai Allah buka aib kita. Ingatlah, kalau Allah buka aib kita, masa tu ya Allah, bagaimana perasaan kita? Namun, kita juga kena ingat Allah tak pernah menutup pintu taubat nya.

Fitrah manusia melakukan khilaf. Tiada jalan penyelesaian melainkan taubat (kembali) dan doa (harapan).

Kadang- kadang kita lupa Allah bila kita diberi nikmat olehNya. Sebab tu kadang- kadang Allah bagi cubaan sampai kita terduduk jatuh longlai, Allah lanyak kita. Tapi Allah nak kita sujud dihadapanNya. Meminta merayu denganNya. Allah bagi apa yang kita nak tapi, Dia tak akan bagi semua. Takut kita jadi lalai, lalai dan makin lalai. Bukan Allah tak dengar doa kita tapi Allah lebih mengetahui apa yang kita perlukan.

Kalau kita banyak sangat buat dosa dan sampai satu tahap bila kita nak berdoa dengan Allah,

kita cakap dalam hati :

'Aku doa macam ni, Allah terima ke tak doa aku. Aku banyak buat dosa'

syaitan yang Allah laknat pn Allah makbul doa nya. Inikan pula kita sebagai hambanya. Kita sujud sehari semalam, atau lebih pada tu, tak kan Allah tak dengar.


Syaitan minta panjangkan hayatnya sampai kiamat, Allah bagi.

Janji Allah : 

'berdoalah kepadaku, nescaya Aku bagi'

Sesungguhnya Allah tak memungkiri janjinya. Tak cukup yakin kah kita akan janji Allah?

Solat sunat taubat, jom kita buat banyak kali.
Sebab kita buat sekali dua belum tentu dah diterima. Mintak la h masa sujud terakhir lepas solat. Minta lama- lama masa tu dan lepas baca tahiyat sebelum salam Mintak doa.

Bila kita rasa dah makin lalai dan tak tenang walaupun solat dan Al-Qur'an tak tinggal.

kita nak buat solat sunat taubat tapi bila fikir:

'kalau solat sunat taubat tapi lepas tu ulang pula kesalahan sama, tiada guna jugak'

Saudaraku, tengok balik video di atas. Menjawab semuanya.

Jika kita masih lagi berada di takuk lama, masih lagi melakukan dosa berulang kali, tanya diri :


'Sudikah Allah bersamaku?' 


Aku nak sangat diberi kesempatan dan peluang macam orang lain yang dapat berubah ke arah kebaikan. Teringin sangat nak berubah seratus peratus dari yang sekarang. Ya, aku sedar diri aku banyak kurangnya terlampau banyak. Tapi, tak salah kalau kita mencuba, ke arah kebaikan. Jangan pula terus lemah semangat bila orang- orang sekeliling kita mengeluarkan kata- kata yang negatif sebagaimana.

contoh:

'eleh, minah ni nak berubah? Please la. Orang macam kau nak jadi baik? Macam aku tak tahu perangai kau teruk. Tak payah nak percaya la dia boleh berubah jadi baik'

Perlu ke dilontarkan tohmahan macam tu? Ingat, jangan sesekali engkau hinakan mereka yang masih lagi merangkak- rangkak nak mencari ilmu agama,  kerana kamu tak akan pernah tahu, bila mana dia akan berubah, mungkin dia akan melebihi tahap keimanan yang kamu banggakan. Kita tak tahu, tapi Allah tahu.

InsyaAllah, ada lagi masa untuk kita mencari ilmu sebelum terlambat rebutlah. Kita tak tahu bila ajal kita. Mungkin esok, mungkin lusa dan Mungkin malam ini. InsyaAllah, kalau kita meletakkan Allah dihadapan seperti mana yang kita gembar- gemburkan bahawa.

'carta pertama yang aku sayang ialah, Allah'


maka akan dapat hasilnya.

Hidayah perlu dicari.
Kalau nak tunggu hidayah datang sendiri,
sampai bila- bila pn tak akan berubah.

My friend, InsyaAllah, I will change for good. Please, pray for me like you always do.

.: sabar menghadapi uijian hidup :;




Dan ada di antara manusia yang menyembah Allah dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap, iaitu kalau ia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu; dan kalau pula ia ditimpa fitnah kesusahan, berbaliklah ia semula (kepada kekufuran). (Dengan sikapnya itu) rugilah ia akan dunia dan akhirat, itulah kerugian yang terang nyata. Ia menyeru dan menyembah makhluk-makhluk yang lain dari Allah, yang tidak dapat membahayakannya dan tidak dapat mendatangkan kebaikan kepadanya; itulah kesesatan yang jauh terpesong. Ia menyeru dan menyembah makhluk yang (dengan perbuatan demikian) mudaratnya lebih dekat dari manfaat yang diharapkannya demi sesungguhnya seburuk-buruk penolong dan seburuk-buruk sahabat karib ialah makhluk yang diseru dan disembahnya itu. 


AlHajj :11-13

Intisari ayat

Dalam ayat di atas, Allah S.W.T. menjelaskan bahawa orang yang tidak tetap imannya akan gembira apabila mendapat nikmat dan kebaikan. Sebaliknya akan murtad dan kafir apabila ditimpa bala bencana. Mereka sanggup menyembah selain Allah S.W.T. dengan harapan untuk melepaskan diri mereka daripada bala yang menimpa. Mereka akan mendapat kerugian di dunia dan di akhirat. Mereka termasuk dalam golongan yang sesat.


Huraian ayat


Allah S.W.T. menjadikan manusia dalam keadaan yang berbeza beza sama ada diberi kesenangan, kesusahan, kelemahan, kemiskinan, kelaparan dan sebagainya. Setiap yang diturunkan adalah untuk menguji keimanan seseorang hambaNya.

Kedua:
 
Dalam menghadapi ujian daripada Allah S.W.T., orang yang beriman menerima ujian tersebut dengan sabar dan tabah kerana mereka sedar setiap perkara yang berlaku pada dirinya adalah ketentuan daripada Allah S.W.T.
 
Manakala bagi golongan yang tidak beriman, mereka akan kecewa, putus asa, menyalahkan takdir Allah S.W.T. dan sanggup melakukan kemungkaran supaya terlepas daripada kesusahan yang menimpanya. Terdapat antara mereka yang meninggalkan agama Islam kerana terpengaruh dengan agama lain yang menjanjikan kemewahan hidup di dunia.

Ketiga:
 
Orang-orang mukmin yang diuji dengan berbagai-bagai kesusahan hidup di dunia dan bersabar menghadapinya akan mendapat kedudukan yang mulia disisi Allah S.W.T. Orang yang demikian beroleh pahala yang lebih tinggi daripada orang-orang yang mengerjakan ibadat lain.

 
Firman Allah, maksudnya: 


"demi sesungguhnya Kami menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan lapar (dengan berlakunya) kekurangan harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar." 


surah Al-Baqarah: ayat 155

Keempat:


Ujian dan dugaan yang dihadapi oleh seseorang menunjukkan bahawa dirinya termasuk dalam golongan yang diberi keistimewaan oleh Allah S.W.T. Kesusahan yang ditanggung menjadi pembersih dirinya daripada berterusan melakukan perkara perkara tidak baik.

Firman Allah, maksudnya:


"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan mengatakan 'Kami telah beriman' sedangkan mereka belum lagi diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah S.W.T. mengetahui orang yang benar dan orang yang dusta. "



Surah Al-Ankabut: ayat 2-3

Kelima:
 
Sabar ialah sifat yang mulia bagi orang-orang mukmin. Sifat tersebut dapat menempuh apa-apa yang terjadi di sekeliling. Itulah sebabnya"sabar" menjadi salah satu daripada nama-nama Tuhan yang agung (yang Maha Penyabar). Tuhan tidak akan memberi pembalasan kepada hambaNya yang melakukan
kesalahan dengan segera.
 
Keenam:


Sabar terbahagi kepada beberapa jenis antaranya termasuklah:


i. Sabar mengerjakan perintah Allah S.W.T.

ii. Sabar melawan nafsu.

iii. Sabar terhadap sebarang dugaan yang terjadi pada diri seperti kematian, kebakaran, banjir dan sakit.

--------------------------------------------------


i. Setiap orang Islam hendaklah sabar mengerjakan perintah Allah S.W.T. Perintah tersebut hendaklah dikerjakan dengan sepenuh kesabaran, keikhlasan, tekun dan berkekalan.


ii. Sabar menahan daripada berbuat maksiat ialah berjaya menentang segala godaan yang tidak baik terhadap dirinya. Kesabaran yang lahir ini adalah kesan daripada kepercayaan dan keyakinan serta azam yang kuat untuk mencapai keredhaan Allah S.W.T.

iii. Setiap orang mukmin hendaklah sabar terhadap segala kejadian yang tidak baik yang berlaku pada dirinya sama ada harta, pangkat, kedudukan, keluarga atau sebagainya.

Bentuk ujian keatas manusia.

a. Ujian kesenangan seperti nikmat kesihatan dan kekayaan

b. Ujian kesusahan seperti kemiskinan, sakit dan sebagainya.

c. Ujian ke atas orang perseorangan

d. Ujian ke atas kumpulan, masyarakat atau jemaah.

e. Allah S.W.T. menjelaskan setiap orang mukmin pasti diuji oleh Allah S.W.T.


Kepentingan sabar

a. Mendapat darjat pahala yang tinggi disisi Allah S.W.T.

b. Melapangkan hati, tidak merasa runsing atau dukacita.

c. Segala urusan dunia dan akhirat menjadi mudah.

d. Mendapat berkat daripada Allah S.W.T.

e. Selamat dari gangguan mental dan emosi.

Fakta2 Penting

a. Orang Islam hendaklah bersyukur apabila menerima kurniaan Allah dan bersabar apabila menerima ujian daripadaNya

b. Maruah diri, agama dan bangsa hendaklah dijaga di samping mengejar kemewahan hidup di dunia.

c. Kesenangan dan kesusahan adalah merupakan ujian Allah terhadap hambaNya.

d. Orang yang tidak beriman menerima ujian daripada Allah dalam keadaan resah gelisah serta kecewa.

Friday, 25 May 2012

.: sekadar berkongsi :.

malam ni nak entry sebab taknak tidur tunggu si dia balik dari kerja ( mohd shafar bin hashim )

tiba-tiba aku teringat yang aku pernah tanya soalan dekat dia yang berbunyi macam ni :

soalan pertama :

aku : abang, kenapa setiap kali ayang tengok kawan-kawan ayang dengan boyfriend dorang. ayang rasa jelous sangat, sedangkan ayang dah ada abang

dia : abang tahu apa maksud ayang, ayang nak abang sentiasa ada kat sisi ayang kan.

aku tahu, aku tak boleh samakan dia dengan lelaki yang lain. mungkin cara dia melayan aku berbeza sebab dia mempunyai tanggungjawap.

soalan kedua :

aku : abang ada perempuan lain selain ayang

dia : ayang pun tahukan yang abang ni berkerja macam mana. bila masa abang nak melayan sume ni.

mungkin betul kata dia. tapi aku tak percaya 100%

soalan ketiga : 

aku : abang maseg dengan orang lain lah tu sampai tak balas maseg ayang

dia : abang baling jugak nset ni. abang tak pernah nak maseg dengan orang lain ayang. jangan buat abang marah.

dia paling pantang aku tanya soalan macam ni. susah nak tengok dia marah aku, kalau nak tengok dia marah tanya lah soalan macam ni kat dia. tapi, aku pernah cakap kat dia. kalau tak betul apa aku cakap tu jangan lah marah. then, mesti dia cakap "abang bukan marah tapi bila ayang cakap macam tu macam tak percaya kat abang"


----------------------------------------------------

aku jarang bergaduh dengan dia sebab dia ni bukan jenis yang nak amik tahu hal remeh-temeh. paling tidak pun dia akan tanya je.

kalau aku story dekat dia mesti dia jawap macam ni :

" perdulikan jelah ayang "

kadang-kadang aku sendiri naik tension dengan sikap dia ni. dari mood aku okey terus jadi tak okey. sabar jelah aku dengan sikap dia ni. terlampau baik sangat pun tak boleh lah.

----------------------------------------------------

setiap kali dia balik kerja,mesti dia akan call aku. so, aku dah tahu pukul berapa dia akan call tapi kalau dalam satu hari tu dia balik kerja tak call atau maseg aku. aku akan jadi bad mud sangat-sangat dan aku mula lah cakap macam ni dekat dia :

" kalau abang rasa dah tak suka kat ayang, abnag lepaskan jelah."

sebenarnya panjang lagi ayat nye tapi ayat yang ni lah aku selalu guna.

----------------------------------------------------

tapi kalau tahap kesabaran aku dah hilang. aku akan cakap macam ni kat dia :

" abang tak ingat ke dulu abang buat apa kat ayang. ayang macam orang bodoh tunggu abang "

aku pernah ada konflik dengan dia dulu tapi dia datang balik n nak tebus kesilapan dia.. alhamdullilah. sekarang ni kita orang bahagia.

----------------------------------------------------

walaupun aku story macam-macam kat sini. dia tetap pilihan aku. biarlah orang nak mengata apa pun aku tak kisah janji kehidupan aku bahagia sampai akhir hayat. bukan nya aku angau sebab tengah bercinta tapi sikap si dia yang matang buat aku tertarik. mungkin aku je lebih-lebih tapi ini sekadar nak berkongsi kebahagian aku.

Monday, 21 May 2012

.: Saat yang dinantikan :.


  • ya allah kau panjangkan lah jodoh di antara kami.
  • aku menunggu pinangan dari si dia ( mohd shafar bin hashim )
  • restu dari kedua-dua pihak keluarga kami nantikan
  • satukan lah kami dengan keredhaan dari keluarga dan kebahagian yang didoakan.
NURFARAHIDA BINTI MOHD ANUAR & MOHD SHAFAR BIN HASHIM




warna mata boleh ditipu tetapi warna mata hati tidak boleh ditipu. begitu juga dengan warna-warna kehidupan seharian kita, kadang kala ia cerah dan kadang kala ia gelap. hanya diri sendiri dapat mengubah warna kehidupan dan bukannya sentiasa mengharapkan bantuan orang lain.

Saturday, 19 May 2012

.: bayangan :.

hidup dalam bayangan orang lain memang terseksa. ini bukan benda merepek atau apa-apa sahaja yang mengarut. yang cuba aku nak maksudkan disini ialah hidup sentiasa dihantui oleh seseorang yang disukai mahu pun tidak disukai.

percayalah. hidup dalam bayangan orang lain memang tak best. maksud aku, dakit di hati tapi badan sihat sejahtera. kalau lah semudah teknologi. agak-agak rasa nak simpan, tekan SAVE. kalau rasa dah jemu taknak tengok dah, tekan DELETE. kalau rasa nak diperbaiki mana yang silap dan salah, tekan BACKSPACE.

Friday, 18 May 2012



sebelum di kecewakan oleh anda. lebih baik saya mengundur diri terdahulu



Tuesday, 15 May 2012

.: dia :.



ezwan zulkefley terima kasih kerana sudi menjadi KAWAN, SAHABAT DAN TEMAN saya

.: konvokesyen :.


tahniah buat abang aku MOHD ISKANDAR SHAH yang telah konvo di uitm seri iskandar perak





.: patah hati :.

patah hati kalau orang yang kita sayang menduakan diri kita

patah hati kalau orang yang kita percaya membohongi diri kita

patah hati kalau orang yang selama ini kita rindu meninggalkan diri kita

patah hati kalau orang yang disanjungi mempermainkan hati dan perasaan kita

kini baru aku sedar yang cinta itu kadang-kala ada kepahitannya. kepahitannya dapat dirasai bila sesuatu perkara yang tidak diingini belaku dalam perhubungan pasangan yang bercinta.

aku yakin ini semua ketentuan illahi menguji umat nya. jodoh pertemuan tuhan menentukan dan kita sebagai umatnya hanya mampu berdoa dan merancang.

Saturday, 7 April 2012

.: luahan :.

oit...

kau dengar tak???

kau lah, yang tengah baca entry ni...

aku nak bagi tahu sesuatu kat kau. tapi, aku malu!!!

aku suka kat kau. aku tak pernah rasa macam ni sebelum ni.

mungkin kau rasa aku ni suka syok sendiri kan. erm, lantak lah kau nak fikir apa pun.

orang kata perigi tak elok cari timba.

memang betul pun kan, itu sebab aku pendam je.

aku buat entry ni sekadar nak luah kan apa yang aku pendam sorang-sorang.

tak perlu nak mention siapakah gerangan lelaki itu sebab aku tak nak dia fikir macam aku ni syok mengila babi pulak kat dia.

aku yakin perasaan aku akan hilang dengan sendiri walaupun mengambil masa yang panjang.

erm, lepas pun azab aku luahkan apa yang aku rasa sekarang.

thank you sebab sudi baca :)

Friday, 6 April 2012

.: mood :.

kadang-kadang mood aku boleh jadi gila. kadang-kadang aku senang nak moody dan kadang-kadang jugak aku boleh menangis sesuka hati.

kadang-kadang apa yang sedang belaku aku pun tak tahu. kadang-kadang aku tak tahu kenapa benda ini belaku dan kadang-kadang kenapa aku buat semua ini.

tapi kadang-kadang jugak aku mengharap. mengharap yang macam orang bodoh bak kata pepatah. mengharap yang konon akan ada yang mengejar, merayu. tapi, aku tak rasa yang aku semakin jauh.

aku cuba untuk tak mahu fikir. go with the flow. sentiasa yakinkan diri semua tuhan takdirkan walaupun atas kesilapan diri sendiri mesti ada hikmahnya. kadang-kadang bila banyak fikir tentang ini semua aku boleh stress.

tak tahu bila akan berakhir. maaf andai aku sering memungkiri. maaf andai aku sering menyakiti.
maaf andai aku tidak disenangi.

.: bicara hati :.

hari ini aku rasa serba salah sangat pada seseorang. siapakah dia tak perlu mention kot. orang selalu kata, bila kita gembira atau suka pasti akan ada kesedihan selepas itu.

betul ke?

mungkin yang jadi ini satu kebetulan juga. salah ke kalau kita cuba tegakkan kebenaran dan berada dipihak yang benar.

kenapa perlu rasa diri tu ada hak kuasa untuk lepaskan apa pun. perlu ke rasa bangga diri? mungkin silap aku juga.

tapi kita ini hanya manusia biasa yang tidak akan lari daripada membuat kesilapan di atas dunia ini. mungkin selepas ini aku perlu mendiam kan diri daripada orang pandang aku seperti anjing menyalak walaupun benar.


.: dia yang mencuri hati ku :.


someone take my heart. but, before this his never give up to give love for me. hari isnin, 2 april 2012 kita orang bertemu untuk temu janji yang sekian lama dinantikan.

saya nak bagi tahu yang saya bahagia sangat bila dapat jumpa awak :)

Monday, 2 January 2012

.: dia shafar:.


Selamat tengah hari semua, harap semua dah kenyang makan tangah hari. Aku disini masih ingin mencurah segala yang aku rasa. Kalau korang bosan membaca, itu semua tak ada kena mengena dengan aku. Peace :)

Dan sekarang aku nak kongsikan siapa teman lelaki aku dan aku harap aku dengan dia berkekalan sampai bila-bila walaupun sebelum ini ada perbalahan antara kita orang. Okey, sekarang ini tak nak cerita benda yang lepas. Kita bukak buku baru.




ini lah dia jejaka hati aku. Nak tahu antara sebab-sebab aku perlukan dia selain keluarga aku sendiri.
  1. seorang lelaki
  2. membimbing tentang agama
  3. ingat pada allah s.w.t
  4. hormat orang tua
  5. hormat wanita
*sila muntah...hehehe

perbezaan umur kita orang memang berbeza, tapi itu bukan alasan untuk memilih jodoh. sekarang hanya berserah pada takdir sebab tuhan menentukan dan kita sebagai manusia hanya mampu merancang.

*semoga berkekalan antara aku dan dia


Sunday, 1 January 2012

.: kesabaran :.

selamat pagi

hari ini merupakan tahun baru untuk 2012. tak dapat diungkapkan perasaan aku pada pagi ini yang amat kecewa sekali. mungkin korang tertanya-tanya kenapa aku begini. aku sendiri tak dapat meluahkan pada entry ni sebabnya benda ini terlalu menyakitkan hati aku. aku hanya mampu menceritakan apa yang aku rasa.

aku cuba untuk kuatkan semangat aku ini dan aku tak boleh jatuh sebegitu saja. aku yakin tuhan sedang menguji ketabahan aku. sekarang ini harus fikir positif sahaja dan jangan cepat melatah sebab panjang lagi perjalanan hidup aku selagi ajal tidak menjemput aku.

kadang-kadang aku terfikir, adakah semua ini aku yang cari atau aku yang ingin. tapi, kenapa mesti aku mencari permasalahan begini. mungkin aku tak berfikir panjang sebelum bertindak. huuhhhh......... mengeluh sendirian aku bila memikirkan nya.

realitinya sekarang benda ini pun sudah belaku. aku harap benda ini tidak berpanjangan sampai bila-bila dan aku harap jugak aku tidak ditempuhi dugaan sebegini lagi sebab berkait rapat dengan hati. hati temannya kesabaran dan pertimbangan. kalau hilang pertimbangan, hati juga rasa dan berlaku lah perkara yang tak diinginkan.

semoga aku terus tabah dan aku yakin tuhan sentiasa ada membantu umatnya dalam kesusahan.