Blogger Backgrounds
welcome to my blog
nur faraheyda anuar

Saturday, 31 December 2011

.: luahan sekadar rasa :.


Sambil menonton upin & ipin kat you tube, fikiran aku mula melayang-layang tah kemana. Aku post entry ni sebagai luahan dan apa yang aku rasa. Kenapa ada orang disekeliling aku nak amik tahu pasal aku even dia tak tanya aku sendiri tapi ada orang yang ketiga yang menyampaikan. Aku tak kisah kalau orang yang ketiga tu nak cerita yang goodgoood pasal aku. Ini tidak semuanya dia nak fitnah kan aku, naik heran sebabnya sanggup bertalam muka konon dia nak tunjuk yang dia sempurna sangat dimata orang.

Mungkin aku tak patut bercampur dengan orang kot sebab kadang-kadang kita sendiri tak sedar  yang orang  yang berkawan rapat dengan kita itulah yang membenci diri kita ini. aku tak kisah kau nak berkawan dengan siapa pun tapi tak perlu lah nak mengata orang walaupun orang yang ketiga tu kenal aku jugak. Kadang-kadang naik benci dengan lakonan ini semua tapi nak tak nak korang ni kawan aku. Pergi mana pun aku pasti akan berjumpa korang melainkan ajal menjemput aku sebelum mereka-mereka ini.

Kalau nak cerita pasal tak puas hati ni, sampai bila-bila tak akan jumpa titik noktah. Yang aku mampu hanyalah berdiam diri dan melihat apa sahaja rentak korang nak lakukan. Kalau rasa aku ni kawan tak perlu kot nak membezakan aku dengan sesiapa sebab kau pun belum tentu sempurna.

Sekarang ni  aku fikir memang patut aku jauhkan diri daripada orang-orang macam ni. aku harap buruk-buruk aku ini korang  still nak kawan dengan aku. Aku bukan mintak simpati tapi aku dah kenal korang so, aku taknak kita terputus hubungan disebabkan perkara-perkara yang tak mendatang hasil ini.

Setiap manusia ada kelemahannya sendiri, sebelum nak susun jari-jemari ke arah orang lain pastikan cermin dulu diri itu ada tak yang sempurna. Dan banyaklah bertanya pada orang sekeliling anda tentang personaliti anda. Kalau rasa tak dapat terima hakikat cepat-cepat lah tutup mulut untuk berkata tentang orang lain okey.

No comments:

Post a Comment