Blogger Backgrounds
welcome to my blog
nur faraheyda anuar

Sunday, 18 December 2011

assalamualaikum,

mengadap laptop sambil memikirkan apa nak entry kali ini. okey, dah dapat dan sekarang aku entry pasal pandangan mata aku sendiri. kalau ada salah silap, aku mintak maaf awal-awal okey.

dua, tiga hari ni aku banyak menghabiskan masa emas aku dengan mengadap laptop. kalau dah mengadap laptop mesti online facebook,twiter dan sama waktu dengannya. tengah-tengah online, aku boleh tergelak sorang-sorang sebab aku jumpa pelbagai ragam manusia di laman sesawang ni. ramai jugak manusia akhir zaman sekarang meluahkan apa sahaja yang mereka rasa termasuk lah aku sendiri di laman sesawang. mungkin ini sudah trend sebab teknologi semua di hujung jari. tapi, disebabkan laman sesawang ini jugak ramai yang bergaduh sesama sendiri, terjatuh cinta sesama sendiri  dan sama waku dengannya. manusia kadang-kadang memang tak boleh lari dengan perasaan hasrat dengki bila tengok seseorang itu lebih populor pada nya. untuk apa dapat populor dilaman sesawang, kadang-kadang semua ini boleh jadi perbualan orang ramai walaupun kita tak kenal siapa yang bercakap tentang diri kita ini. ada jugak yang menggunakan laman sesawang untuk tujuan yang baik,  ini semua terpulang pada individu itu sendiri untuk mengguna kemudahan jalur lebar yang sedia ada sekarang. jangan sampai menjatuh agama, masyarakat, bangsa dan diri sendiri. 

2 comments: