Blogger Backgrounds
welcome to my blog
nur faraheyda anuar

Saturday, 31 December 2011

.: luahan sekadar rasa :.


Sambil menonton upin & ipin kat you tube, fikiran aku mula melayang-layang tah kemana. Aku post entry ni sebagai luahan dan apa yang aku rasa. Kenapa ada orang disekeliling aku nak amik tahu pasal aku even dia tak tanya aku sendiri tapi ada orang yang ketiga yang menyampaikan. Aku tak kisah kalau orang yang ketiga tu nak cerita yang goodgoood pasal aku. Ini tidak semuanya dia nak fitnah kan aku, naik heran sebabnya sanggup bertalam muka konon dia nak tunjuk yang dia sempurna sangat dimata orang.

Mungkin aku tak patut bercampur dengan orang kot sebab kadang-kadang kita sendiri tak sedar  yang orang  yang berkawan rapat dengan kita itulah yang membenci diri kita ini. aku tak kisah kau nak berkawan dengan siapa pun tapi tak perlu lah nak mengata orang walaupun orang yang ketiga tu kenal aku jugak. Kadang-kadang naik benci dengan lakonan ini semua tapi nak tak nak korang ni kawan aku. Pergi mana pun aku pasti akan berjumpa korang melainkan ajal menjemput aku sebelum mereka-mereka ini.

Kalau nak cerita pasal tak puas hati ni, sampai bila-bila tak akan jumpa titik noktah. Yang aku mampu hanyalah berdiam diri dan melihat apa sahaja rentak korang nak lakukan. Kalau rasa aku ni kawan tak perlu kot nak membezakan aku dengan sesiapa sebab kau pun belum tentu sempurna.

Sekarang ni  aku fikir memang patut aku jauhkan diri daripada orang-orang macam ni. aku harap buruk-buruk aku ini korang  still nak kawan dengan aku. Aku bukan mintak simpati tapi aku dah kenal korang so, aku taknak kita terputus hubungan disebabkan perkara-perkara yang tak mendatang hasil ini.

Setiap manusia ada kelemahannya sendiri, sebelum nak susun jari-jemari ke arah orang lain pastikan cermin dulu diri itu ada tak yang sempurna. Dan banyaklah bertanya pada orang sekeliling anda tentang personaliti anda. Kalau rasa tak dapat terima hakikat cepat-cepat lah tutup mulut untuk berkata tentang orang lain okey.

.: tahun baru :.


assalamualaikum

bersyukur sangat-sangat dapat post entry pada hari ini dan buat kali terakhir untuk tahun ini. tepat pada pukul 12.00 a.m ini dengan secara rasmi nya, kita sudah pun masuk tahun baru iaitu, tahun 2012.

kalau masuk tahun baru mesti dikait kan dengan azam tahun baru. kali ini agak-agaknya apa azam tahun baru aku eh ? rasanya tak perlu kot nak post kat entry ni pasal azam baru aku tapi, yang pastinya aku bersyukur sangat-sangat sebab aku diberi peluang untuk melihat dunia sekali lagi.

ok lah, sampai disini saja dan diharapkan tahun 2012 akan lebih bermakna dari tahun-tahun yang lepas. bagi yang sudah berazam baru tu, aku harap korang dapat melaksana azam itu dengan berjaya dan menyempurnakan nya.

Sunday, 18 December 2011

assalamualaikum,

mengadap laptop sambil memikirkan apa nak entry kali ini. okey, dah dapat dan sekarang aku entry pasal pandangan mata aku sendiri. kalau ada salah silap, aku mintak maaf awal-awal okey.

dua, tiga hari ni aku banyak menghabiskan masa emas aku dengan mengadap laptop. kalau dah mengadap laptop mesti online facebook,twiter dan sama waktu dengannya. tengah-tengah online, aku boleh tergelak sorang-sorang sebab aku jumpa pelbagai ragam manusia di laman sesawang ni. ramai jugak manusia akhir zaman sekarang meluahkan apa sahaja yang mereka rasa termasuk lah aku sendiri di laman sesawang. mungkin ini sudah trend sebab teknologi semua di hujung jari. tapi, disebabkan laman sesawang ini jugak ramai yang bergaduh sesama sendiri, terjatuh cinta sesama sendiri  dan sama waku dengannya. manusia kadang-kadang memang tak boleh lari dengan perasaan hasrat dengki bila tengok seseorang itu lebih populor pada nya. untuk apa dapat populor dilaman sesawang, kadang-kadang semua ini boleh jadi perbualan orang ramai walaupun kita tak kenal siapa yang bercakap tentang diri kita ini. ada jugak yang menggunakan laman sesawang untuk tujuan yang baik,  ini semua terpulang pada individu itu sendiri untuk mengguna kemudahan jalur lebar yang sedia ada sekarang. jangan sampai menjatuh agama, masyarakat, bangsa dan diri sendiri. 

Saturday, 10 December 2011


assalamualaikum...

mintak maaf sebab dah lama sangat aku tak post entry kan. bukan sengaja taknak post tapi banyak perkara yang lagi penting yang harus aku lalui sebagai manusia biasa yang berada di bumi yang nyata ini.

kalau tak percaya, tengok lah gambar aku ini....

serabut tak?

banyak yang tersirat disebalik wajah aku itu. tapi aku cuba jugak buat yang terbaik untuk aku post kan dalam entry ini. aku harap satu hari nanti aku dapat post gambar kesemuanya senyum sahaja. 

p/s : peace from owner ^^.