Blogger Backgrounds
welcome to my blog
nur faraheyda anuar

Wednesday, 7 September 2011

.: sakit :.

setiap malam, sebelum tidur aku terpaksa makan ubat-ubat ini :

ubat batuk : kalau aku susah nak tidur/semput

ubat antibiotik : kurangkan tekanan

ubat gastrik : kurangkan sakit perut yang melampau

korang semua nampak je aku sempurnakan, tapi hakikatnya aku ni takde lah sesempurna mana pun. aku tak boleh ada tekanan atau banyak berfikir sebab aku boleh migrain yang terlampau. bila maigrain datang, mulalah mata aku akan jadi kabur dan apa saja aku buat tak akan menjadi sepenuh nya.

then aku ni selalu sakit perut, sakit perut aku ni suka datang secara tiba-tiba dan ia teramat pedih. that why la minyak cakap harus aku bawak kemana saja aku pergi. pasal sakit perut ni, dah dua hospital aku pergi. hospital pertama just tahan wad then buat cheack out, then doktor kata takde apa-apa just kurang air dalam badan. hospital kedua pulak nak buat pembedahan tapi dibatalkan sebab kali kedua cheack doktor kata takde apa-apa jugak.

aku sendiri pelik, kenapa doktor kata takde apa-apa sedangkan aku yang menanggung kesakitan. kadang-kadang sampai berguling-guling menahan sakit. bila aku pergi buat cheack out kat hopital. doktor just suggest aku masuk air. sampai bila nak masuk air, takkan nak biarkan kaki aku kembong dengan air.

selain sakit perut dan migrain, aku jugak ada semput. sebab semput ni lah aku tak dapat aktif sukan masa sekolah. aku memang minat bersukan tapi terhalang untuk bergerak aktif. aku paling pantang orang isap rokok depan aku, walaupun ayah aku sendiri isap rokok dirumah dan didepan aku. bila aku terhidu asap rokok, secara automatik hidung aku akan mengecut didalam seperti tersumbat dan aku terpaksa bernafas ikut mulut. bila semput aku datang, siyes memang dada aku akan sakit.

aku harap penyakit ni tak berpanjangan, sebab aku dah mula mual makan ubat dan rambut aku akan gugur.

No comments:

Post a Comment