Blogger Backgrounds
welcome to my blog
nur faraheyda anuar

Saturday, 17 September 2011

akhirnya terputus juga ikatan antara kita . aku harap sangat ikatan antara kita boleh terjalin semula seperti dahulu kala. aku nak kau tahu, aku tak mampu nak bersuara untuk hubungan kita ini sebab aku sendiri takut dan malu kerana aku seorang wanita. aku harap kau faham dengan keadaan aku. aku menyintai kau kerana agama dan kau hormat aku sebagai seorang wanita. aku tak menitiskan air mata tapi aku hanya sebak sebab tuhan yang menentukan dan kita hanya mampu merancang. aku percaya dengan kekuatan iman yang kita ada, kita mampu kecapi kebahagian semula dengan diiringin doa kepada nya. semoga kekuatan aku sebagai wanita dan kau sebagai lelaki dapat kecapi nya dengan penuh ketabahan didunia ini.

Wednesday, 7 September 2011

.: sakit :.

setiap malam, sebelum tidur aku terpaksa makan ubat-ubat ini :

ubat batuk : kalau aku susah nak tidur/semput

ubat antibiotik : kurangkan tekanan

ubat gastrik : kurangkan sakit perut yang melampau

korang semua nampak je aku sempurnakan, tapi hakikatnya aku ni takde lah sesempurna mana pun. aku tak boleh ada tekanan atau banyak berfikir sebab aku boleh migrain yang terlampau. bila maigrain datang, mulalah mata aku akan jadi kabur dan apa saja aku buat tak akan menjadi sepenuh nya.

then aku ni selalu sakit perut, sakit perut aku ni suka datang secara tiba-tiba dan ia teramat pedih. that why la minyak cakap harus aku bawak kemana saja aku pergi. pasal sakit perut ni, dah dua hospital aku pergi. hospital pertama just tahan wad then buat cheack out, then doktor kata takde apa-apa just kurang air dalam badan. hospital kedua pulak nak buat pembedahan tapi dibatalkan sebab kali kedua cheack doktor kata takde apa-apa jugak.

aku sendiri pelik, kenapa doktor kata takde apa-apa sedangkan aku yang menanggung kesakitan. kadang-kadang sampai berguling-guling menahan sakit. bila aku pergi buat cheack out kat hopital. doktor just suggest aku masuk air. sampai bila nak masuk air, takkan nak biarkan kaki aku kembong dengan air.

selain sakit perut dan migrain, aku jugak ada semput. sebab semput ni lah aku tak dapat aktif sukan masa sekolah. aku memang minat bersukan tapi terhalang untuk bergerak aktif. aku paling pantang orang isap rokok depan aku, walaupun ayah aku sendiri isap rokok dirumah dan didepan aku. bila aku terhidu asap rokok, secara automatik hidung aku akan mengecut didalam seperti tersumbat dan aku terpaksa bernafas ikut mulut. bila semput aku datang, siyes memang dada aku akan sakit.

aku harap penyakit ni tak berpanjangan, sebab aku dah mula mual makan ubat dan rambut aku akan gugur.

Tuesday, 6 September 2011

.: need :.

i need you

i love you

i miss you

please dont make me cry again !!!
mana lagi aku nak luahkan perasaan aku ni. aku sendiri tak tahu apa aku rasakan, aku sendiri tak tahu apa yang aku inginkan. aku pun teringin hidup bahagia disamping orang tersayang selain keluarga aku sendiri. aku pun nak jugak insan yang boleh membimbing aku ke jalan yang betul dan sentiasa ingat kan aku tentang agama aku sendiri. kenapa kisah aku ini terlalu panjang untuk ditempuhi, mungkin semua ni sudah tertulis.

kadang-kadang aku sendiri tak dapat nak luahkan apa aku rasa. bila aku cuba untuk luahkan, aku rasa semua tu bohong je tapi perkara yang sebenar telah terbuku dalam hati aku sendiri. aku sentiasa ingat kan diri aku. tuhan sentiasa ada dengan kita.

mood aku kali ni memang teruk, menaip entry ni dengan mood yang bercampur-aduk. aku nak kau tapi kau tak sesuai dengan aku. aku sanggup lukakan hati aku sendiri sebelum kau terbabas dalam diri aku. kau tengok lah perbezaan kita. aku yakin kau ni ramai yang nak kan. tapi takpe, aku redha dengan keputusan aku sendiri.

kau tahu tak, sejak aku kenal kau, kau banyak mengajar aku tentang agama. kau banyak beri kesedaran dalam hidup aku supaya jangan lalai. 

Monday, 5 September 2011

.: demam vs semput :.

bila dah tiba musim raya ni macam-macam pakej penyakit kita boleh dapat. contahnya yang terdekat, aku lah orangnya.

dah dua hari aku demam dan semput. sebab banyak minum air sejuk, sekarang ni aku lah kena tanggung semua nya. bukan badan je tak sihat, hati aku pun kurang sihat. tapi tak apalah, aku boleh lagi kawal hati aku ni.