Blogger Backgrounds
welcome to my blog
nur faraheyda anuar

Monday, 22 August 2011

.: zaman aku :.

teringat masa zaman sekolah menengah dulu. aku ada tiga buah sekolah menengah jenis biasa dan jenis teknik & vokasional . 
iaitu :

  1. sekolah menengah kebangsaan vivekananda
  2. sekolah menengah teknik juasseh
  3. sekolah menengah teknik seri iskandar


sekarang ni aku nak story tentang zaman persekolahan aku kat sekolah menengah kebangsaan vivekananda.

aku ni bukan lah seorang pelajar yang terlalu ikut sangat peraturan sekolah. yang aku tahu, aku pergi sekolah, aku bawak handset dan mp3 then waktu cikgu mengajar jari-jemari aku mula menakan setiap keypad fon, telinga aku pulak disumbat dengan lagu-lagu yang membuat aku leka.

pada setiap pagi sebelum sampai ke pagar sekolah aku akan berhenti untuk cheack lencana, tag nama dan barang terlarang aku akan sorokkan. aku ni bukan jenis yang suka pakai lencana dan tag nama, so tak heran lah kalau nampak pin kat lencana dan tag nama aku.

cara pemakaian aku kat sekolah macam biasa, tapi kain dan tudung aku singkat. kalau orang luar tengok mesti dorang fikir aku ni pelajar bermasalah. aku tak heran lah semua tu.

aku dulu penah jugak gaduh dengan sorang bohsia ni. masa tu aku baru tingkatan 3 dan dalam masa yang sama aku tengah menduduki peperiksaan pmr. pada mula nya bohsia ni cuma pesan kat kawan aku supaya aku tak ganggu boyfriend dia. tapi aku tak boleh tahan sangat sebab buat tudahan yang tak betul. aku pun tak tahu siapa boyfriend bohsia tu. seronok gaduh tapi tak sempat nak tumbuk sebab kawan-kawan aku dah tarik aku dulu.

perkara yang paling aku suka ialah aku dapat pelajar cemerlang, sedangkan aku tak belajar apa pun. sampaikan ada orang tak puas hati then sibuk tanya aku betul ke? ah.... lantak lah kan, apa aku nak kisah semua tu. janji aku dapat berdiri kat atas pentas perhimpunan.

subjek yang paling aku tak suka dulu subjek sains sebab cikgu yang masuk kelas aku mesti cikgu yang kelam kabut. ada sorang cikgu sains ni memang anti gila dengan aku. sebab aku tak penah buat kerja yang dia bagi dan bila dia marah aku akan senyum je. dia pun mula naik hot dengan aku . hahahha . memang lawak bila ingat balik.

banyak lagi kenangan aku . kalau nak cerita memang takkan habis . kalau boleh dibuku kan kenangan ni, aku dah bukukan. tapi takpe lah. aku akan semat dalam diri aku sampai ke akhir hayat.

No comments:

Post a Comment