Blogger Backgrounds
welcome to my blog
nur faraheyda anuar

Tuesday, 9 August 2011

.: sibuk, jangan nak sibuk :.


jangan sibuk hal orang lain


masalah yang ketara remaja sekarang ialah, sibuk dengan hal orang lain. misalnya kawan-kawan guna telefon bimbit, kita pun nak guna. mereka pergi bercuti, kita pun nak pergu juga. mereka menaiki motor, kita pun nak ada juga. sedangkan kita sebenarnya belum mampu untuk memiliki semua itu. kenapa kita tidak selesaikan tanggungjawab kita terlebih dahulu? baru lah kita mampu untuk mengukur kemampuan kita yang sebenar, sama atau tidak dengan kawan-kawan sekeliling kita.

sikap sebegini akan terbawa-bawa apabila kita berkejaya kelak. tanggungjawab kita yang sebenar tidak selesai , tapi sibuk dengan tugas orang lain. dengan kata lain , kita akan sentiasa memberi alasan sedang kan kelemahan itu, kelemahan kita sendiri. tidak pandai membezakan antara tugas dan tanggungjawab.


jangan sibuk mainkan perasaan


berkawan, berteman dan bercinta memang tidak dapat dari jiwa remaja. waktu remaja. kita tidak fikir betapa susahnya kehidupan di dunia ini. apa yang diidamkan mudah untuk dicapai dengan meminta dari mak ayah. itulah yang menyebabkan kita lalai dengan perasaan sendiri. tanggungjawab sebenar mula kita abaikan. bersama kekasih hati sehidup semati yang konon nya. sedangkan kita sendiri belum mampu untuk menyara diri sendiri. saggup menolak ke tepi segal perasaan yang menyayangi kita hanya kerana cinta yang belum pasti penghujungnya.

No comments:

Post a Comment