Blogger Backgrounds
welcome to my blog
nur faraheyda anuar

Tuesday, 23 August 2011

.: cermin mata :.




Dah lama aku tak pakai cermin mata yang berwarna pink ni. Aku buat cermin mata ni masa tingkatan 5 . aku jarang pakai sebab warna nya terlalu menyerlah. Tapi kalau dah sakit sangat mata aku ni, aku akan pakai jugak dan aku tak peduli orang nak cakap apa. Cermin mata ni nampak je biasa, tapi kalau dah pakai mesti luar biasa sebab power cermin mata ni terlalu kuat. Aku ni rabun terlalu kuat mungkin sebab ikut genetik mak ayah aku. Yang pelik nya dalam adik-beradik aku, aku seorang sahaja yang memakai cermin mata. Aku mula pakai cermin mata dari darjah 6. cermin mata aku yang pertama, dah hancur sebab ada orang dengki dengan aku dan patah kan cermin mata tu. Ini cermin mata aku yang ketiga, cermin mata yang kedua, aku pinjam ayah aku punya sebab ayah aku ada stok lebih. Tapi aku pakai sementara je sebab power nya tak sesuai untuk aku dan bila aku pakai serupa macam tak pakai. Dan sekarang aku ada cermin mata yang keempat. Cermin mata yang keempat, ini lah paling penting buat aku, sebab kalau takde cermin mata ni semua kerja aku tak menjadi dan aku mula pening kepala untuk memaksa mata aku ni melihat dengan lebih jelas.

Kadang-kadang bila dah rabun ni, banyak pegerakan aku terbatas. Bukan setiap masa aku boleh pakai cermin mata. Teringat masa zaman di sekolah berasrama. Sesiapa yang nampak aku dari jauh dan masa tu aku tak pakai cermin mata jangan lah senyum dekat aku sebab aku tak nampak yang korang semua tengah senyum kat aku. Sampaikan ada orang cakap aku ni tak reti senyum dan sombong.

Bila di fikirkan balik tentang pegerakan aku terbatas dan untuk bergaya pun susah. Aku mula belajar pakai kanta mata. Mula-mula pakai memang susah gila, sampai mengalir air mata aku ni. Tapi bila dah biasa, semua tu dah takde masalah untuk aku. Cuma aku kena rajin cuci kanta mata dan jaga mata.

Kesimpulan nya, pada sesiapa yang matanya masih sempurna tak perlu lah korang nak sangat pakai cermin mata ni. Bukan nya senang, bila dah rabun nanti jangan menyesal tak sudah. Bukan nak kata pakai cermin mata ni tak bagus tapi nak berpesan jaga lah mata.

No comments:

Post a Comment