Blogger Backgrounds
welcome to my blog
nur faraheyda anuar

Saturday, 27 August 2011

.: selamat hari raya :.

Assalamua’laikum.

Pejam celik pejam celik, bulan Ramadhan yang ditabalkan Allah sebagai bulan yang lebih baik dari 1000 bulan dahpun makin hampir ke penghujung. Yang biasa didengari dan diperhati, makin hujung…makin lemau, lebam, dan suramlah aktiviti ibadat yang diusahakan.

Mana taknya, mood hari raya dah makin mengganas dalam minda dan jiwa. Pusat membeli belah penuh memanjang. Tempat parking kenderaan tak pernah lengang. Memang kuat penangan hari raya bukan?

disini aku menyusun sepuluh jari ingin meminta maaf kepada sesiapa yang mengenali diri aku ini. harap raya tahun ini merapat kan silaturrahim antara kita.


"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI"

.: teringat :.

pagi tadi dengar zikir kat siaran tv9. tiba-tiba teringat berzikir beramai-ramai kat sekolah berasrama teknik seri iskandar. suara yang paling sedap waktu berzikir ialah syakilla dari dorm a1, dia pun merangkap imam kat surau aspuri.  selalunya aku jarang join masa berzikir ni, sebab aku banyak menghabiskan masa dengan beborak di belakang surau sementara tunggu azan berkumandang dari surau aspura.

tak sia-sia aku masuk asrama sebab banyak ilmu pengatahuan tentang agama aku perolehi.

Friday, 26 August 2011

.: bosan :.


7.35am : mencari idea untuk dicurahkan dalam entry baru aku. Sambil tu dengar radio hot fm di siaran tv8.

7.41am : tiba-tiba terdengar bunyi sirent bomba. Ingatkan bunyi dekat jalan seberang kawasan perumahan aku. Tapi makin lama, makin dekat. Rupa-rupanya ada rumah terbakar dekat sebelah kawasan perumahan aku.

7.45am : hot fm putarkan lagu sudirman, restu ayah bonda. Sayu je dengar.

7.48am : nenek aku masuk rumah dan dia cakap. Rumah dekat blok4 terbakar. Aku pulak rasa takut, takut terjadi dekat rumah aku. Lagi-lagi nak dekat raya ni kan.


7.51am : lagi sekali kedengaran bunyi sirent bomba. Mungkin itu jentera bomba yang ketiga.


7.53am : stop menaip.


7:56am : masa stop menaip tadi aku sempat keluar untuk tengok keadaan diluar sana.


7.59am : bosan, bosan dan bosan untuk mencari idea yang bernas.


8.03am : stop menaip, shutdown laptop, dan tidur.

.: panggilan & gelaran :.


“ anak haram “

“ binatang “

“ minah gedik “

Dan lain-lain...

Adakah setiap panggilan atau gelaran ini membawa maksud tersendiri?

Untuk apakah kita memberi panggilan dan gelaran sebegitu?

Mungkin sebab sikap, pergaulan, persekitaran dan sebab-sebab yang lain lagi membuat kita memanggil dan mengelar mereka sebegitu?

Penah tak terfikir apa sahaja yang keluar dari mulut kita itu akan menjadi satu sumpahan pada kehidupan kita sendiri satu hari kelak.

Tanpa kita sedari banyak pihak yang terasa hati dengan setiap patah perkataan yang keluar dari mulut kita.

Befikirlah sebelum memanggil atau memberi gelaran pada seseorang itu kerana kita tidak boleh menghukum seseorang itu dengan satu paggilan atau gelaran yang mana mungkin boleh menjatuhkan maruah mereka. Kerana mereka ini semua adalah insan yang lemah dan hati nya penuh dengan kelembutan walaupun kita tidak nampak secara kasar.

Semoga setiap panggilan atau pun gelaran yang anda beri pada diluar sana mendatangkan maksud yang cukup bermakna dan hormatilah setiap nama yang telah diberi oleh kedua ibu bapa mereka.

.: malam vs siang :.


“Malam menanti siang, siang menanti malam”

Inilah akibat nya kalau tak boleh nak lelapkan mata untuk dapatkan tidur yang lena dan dibuai dengan mimpi-mimpi yang indah.

Pada pagi ini tiada apa untuk dibicarakan hanya menanti terbitnya fajar dan datang lah hari yang kita nantikan, sebagaimana mungkin akan lebih baik dari hari-hari sebelumnya.

Apa yang aku harapkan, semoga hari-hari yang akan mendatang. Tuhan panjangkan umur aku, dimurahkan rezeki dan mengharungi segala ujian dariNYA dengan penuh kesabaran dan ketabahan. Malah aku juga mengharapkan semoga tuhan melindungi ahli keluarga aku dengan perkara yang tak diingini. Amin..

Tuesday, 23 August 2011

.: kenapa :.




Kenapa dengan gambar ni?

Kenapa ada tiga orang dalam gambar ni?

Kenapa mesti aku duduk dibahagian tepi?

Kenapa gambar ni ada nama aku?

Kenapa aku tak pandang kamera?

Kenapa aku mesti ada didalam gambar ni?

Kenapa mesti kenapa?

Mesti korang tertanya-tanya kenapa entry aku kali ini.

Bila aku termenung, fikiran aku mesti melayang dan aku sendiri akan bertanya ‘kenapa’?
Adakah kenapa itu satu persoalan yang perlu dijawap secara wajar?
Dalam kehidupan seharian manusia takkan lari dari bertanya ‘kenapa’?

Fikir-fikirkan lah kenapa...........

.: cermin mata :.




Dah lama aku tak pakai cermin mata yang berwarna pink ni. Aku buat cermin mata ni masa tingkatan 5 . aku jarang pakai sebab warna nya terlalu menyerlah. Tapi kalau dah sakit sangat mata aku ni, aku akan pakai jugak dan aku tak peduli orang nak cakap apa. Cermin mata ni nampak je biasa, tapi kalau dah pakai mesti luar biasa sebab power cermin mata ni terlalu kuat. Aku ni rabun terlalu kuat mungkin sebab ikut genetik mak ayah aku. Yang pelik nya dalam adik-beradik aku, aku seorang sahaja yang memakai cermin mata. Aku mula pakai cermin mata dari darjah 6. cermin mata aku yang pertama, dah hancur sebab ada orang dengki dengan aku dan patah kan cermin mata tu. Ini cermin mata aku yang ketiga, cermin mata yang kedua, aku pinjam ayah aku punya sebab ayah aku ada stok lebih. Tapi aku pakai sementara je sebab power nya tak sesuai untuk aku dan bila aku pakai serupa macam tak pakai. Dan sekarang aku ada cermin mata yang keempat. Cermin mata yang keempat, ini lah paling penting buat aku, sebab kalau takde cermin mata ni semua kerja aku tak menjadi dan aku mula pening kepala untuk memaksa mata aku ni melihat dengan lebih jelas.

Kadang-kadang bila dah rabun ni, banyak pegerakan aku terbatas. Bukan setiap masa aku boleh pakai cermin mata. Teringat masa zaman di sekolah berasrama. Sesiapa yang nampak aku dari jauh dan masa tu aku tak pakai cermin mata jangan lah senyum dekat aku sebab aku tak nampak yang korang semua tengah senyum kat aku. Sampaikan ada orang cakap aku ni tak reti senyum dan sombong.

Bila di fikirkan balik tentang pegerakan aku terbatas dan untuk bergaya pun susah. Aku mula belajar pakai kanta mata. Mula-mula pakai memang susah gila, sampai mengalir air mata aku ni. Tapi bila dah biasa, semua tu dah takde masalah untuk aku. Cuma aku kena rajin cuci kanta mata dan jaga mata.

Kesimpulan nya, pada sesiapa yang matanya masih sempurna tak perlu lah korang nak sangat pakai cermin mata ni. Bukan nya senang, bila dah rabun nanti jangan menyesal tak sudah. Bukan nak kata pakai cermin mata ni tak bagus tapi nak berpesan jaga lah mata.

Monday, 22 August 2011

.: zaman aku :.

teringat masa zaman sekolah menengah dulu. aku ada tiga buah sekolah menengah jenis biasa dan jenis teknik & vokasional . 
iaitu :

  1. sekolah menengah kebangsaan vivekananda
  2. sekolah menengah teknik juasseh
  3. sekolah menengah teknik seri iskandar


sekarang ni aku nak story tentang zaman persekolahan aku kat sekolah menengah kebangsaan vivekananda.

aku ni bukan lah seorang pelajar yang terlalu ikut sangat peraturan sekolah. yang aku tahu, aku pergi sekolah, aku bawak handset dan mp3 then waktu cikgu mengajar jari-jemari aku mula menakan setiap keypad fon, telinga aku pulak disumbat dengan lagu-lagu yang membuat aku leka.

pada setiap pagi sebelum sampai ke pagar sekolah aku akan berhenti untuk cheack lencana, tag nama dan barang terlarang aku akan sorokkan. aku ni bukan jenis yang suka pakai lencana dan tag nama, so tak heran lah kalau nampak pin kat lencana dan tag nama aku.

cara pemakaian aku kat sekolah macam biasa, tapi kain dan tudung aku singkat. kalau orang luar tengok mesti dorang fikir aku ni pelajar bermasalah. aku tak heran lah semua tu.

aku dulu penah jugak gaduh dengan sorang bohsia ni. masa tu aku baru tingkatan 3 dan dalam masa yang sama aku tengah menduduki peperiksaan pmr. pada mula nya bohsia ni cuma pesan kat kawan aku supaya aku tak ganggu boyfriend dia. tapi aku tak boleh tahan sangat sebab buat tudahan yang tak betul. aku pun tak tahu siapa boyfriend bohsia tu. seronok gaduh tapi tak sempat nak tumbuk sebab kawan-kawan aku dah tarik aku dulu.

perkara yang paling aku suka ialah aku dapat pelajar cemerlang, sedangkan aku tak belajar apa pun. sampaikan ada orang tak puas hati then sibuk tanya aku betul ke? ah.... lantak lah kan, apa aku nak kisah semua tu. janji aku dapat berdiri kat atas pentas perhimpunan.

subjek yang paling aku tak suka dulu subjek sains sebab cikgu yang masuk kelas aku mesti cikgu yang kelam kabut. ada sorang cikgu sains ni memang anti gila dengan aku. sebab aku tak penah buat kerja yang dia bagi dan bila dia marah aku akan senyum je. dia pun mula naik hot dengan aku . hahahha . memang lawak bila ingat balik.

banyak lagi kenangan aku . kalau nak cerita memang takkan habis . kalau boleh dibuku kan kenangan ni, aku dah bukukan. tapi takpe lah. aku akan semat dalam diri aku sampai ke akhir hayat.

Tuesday, 9 August 2011

.: sibuk, jangan nak sibuk :.


jangan sibuk hal orang lain


masalah yang ketara remaja sekarang ialah, sibuk dengan hal orang lain. misalnya kawan-kawan guna telefon bimbit, kita pun nak guna. mereka pergi bercuti, kita pun nak pergu juga. mereka menaiki motor, kita pun nak ada juga. sedangkan kita sebenarnya belum mampu untuk memiliki semua itu. kenapa kita tidak selesaikan tanggungjawab kita terlebih dahulu? baru lah kita mampu untuk mengukur kemampuan kita yang sebenar, sama atau tidak dengan kawan-kawan sekeliling kita.

sikap sebegini akan terbawa-bawa apabila kita berkejaya kelak. tanggungjawab kita yang sebenar tidak selesai , tapi sibuk dengan tugas orang lain. dengan kata lain , kita akan sentiasa memberi alasan sedang kan kelemahan itu, kelemahan kita sendiri. tidak pandai membezakan antara tugas dan tanggungjawab.


jangan sibuk mainkan perasaan


berkawan, berteman dan bercinta memang tidak dapat dari jiwa remaja. waktu remaja. kita tidak fikir betapa susahnya kehidupan di dunia ini. apa yang diidamkan mudah untuk dicapai dengan meminta dari mak ayah. itulah yang menyebabkan kita lalai dengan perasaan sendiri. tanggungjawab sebenar mula kita abaikan. bersama kekasih hati sehidup semati yang konon nya. sedangkan kita sendiri belum mampu untuk menyara diri sendiri. saggup menolak ke tepi segal perasaan yang menyayangi kita hanya kerana cinta yang belum pasti penghujungnya.

Monday, 8 August 2011

.: prasangka :.

" kenapalah perangai dia macam tu? "
" berserabut aku tengok dia tu "
" aku tengok budak baru tu sombong betul "
" dia tu tentu datang dari keluarga yang porak peranda sebab itu perangai dia macam itu "
" aku rasa budak itu mencuri, tengoklah perangai dia yang tidak senonoh tu "

dialog-dialog di atas merupakan contoh andaian-andaian buruk yang mungkin menjadi ungkapan kita apabila melihat orang yang berada dihadapan kita ataupun yang disekeliling kita. amat sukar rasanya kita tidak akan berkata apa-apa tatkala melihat orang. kata-kata sedemikian mungkin kita lontarkan terus kepada kawan kita ataupun hanya hati kecil kita yang berkata. walau apapun bentuk ungkapan tersebut yang pasti anggapan buruk atau pun prasangka buruk terhadap orang lain bukanlah satu perkara yang baik dan ia memberi kesan yang tidak baik terhadap diri sendiri.

Sunday, 7 August 2011

.: menyampah :.

aku menyampah betul dengan lelaki macam ni. belagak sangat pun tak boleh cik abang oi !!!


kalau agak-agak rasa diri tu bagus sangat, tak payah lah nak menunjuk. aku pun tak heran then buat aku makin menyampah dengan kau.

siapa makan cili dia lah terasa pedas!!!kalau kau nak remove aku dari facebook pun aku tak kisah.

HARAP MAKLUM!!!

.: suka sangat :.






aku suka sangat gambar ni . padahal gambar ni takde yang menarik sangat pun kan?

bila aku tengok gambar ni, hati aku mula terharu sangat sampai menitis kan air mata mungkin sebab aku ni tak ramai saudara mara dan ini lah sepupu yang paling dekat dengan aku walaupun kadang-kadang masalah datang tanpa diduga yang bukan kehendak kita orang.

gambar sebelah kiri berbaju biru pekat itulah sepupu aku dan di sebelah kiri berbaju ala-ala purple itulah aku.

mungkin para pembaca ingat kita orang ni kembar atau adik beradik kan? hahaha....sebenarnya tak lah, kita orang ni hanya saudara mara yang paling dekat.

selagi panjang umur aku harap ikatan persaudaraan kita ini akan kekal hingga nyawa dan mewarisi oleh keluarga kita satu hari nanti. insyallah.

Friday, 5 August 2011

.: selamat berpuasa :.

Dikesempatan ni, aku ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua rakan pembaca dan rakan blogger.




Semoga bulan puasa ini, lebih banyak amalan yang boleh kita buat dan sentiasa memaafkan kesilapan orang lain supaya hati lebih tenang.

Tuesday, 2 August 2011

.: fake :.

 

fake !!!

ada gak manusia nak curi gambar aku kan .
salah seorang yang dah terkena aku lah kan
sakit hati gak la bila ada orang amik kesempatan guna DP aku ni.




see !!!
samekan , yang original FARAHEYDA ANUAR dan yang tiruan ALIYA HANUM.

jangan terpedaya dengan DP ok!!!