Blogger Backgrounds
welcome to my blog
nur faraheyda anuar

Saturday, 31 December 2011

.: luahan sekadar rasa :.


Sambil menonton upin & ipin kat you tube, fikiran aku mula melayang-layang tah kemana. Aku post entry ni sebagai luahan dan apa yang aku rasa. Kenapa ada orang disekeliling aku nak amik tahu pasal aku even dia tak tanya aku sendiri tapi ada orang yang ketiga yang menyampaikan. Aku tak kisah kalau orang yang ketiga tu nak cerita yang goodgoood pasal aku. Ini tidak semuanya dia nak fitnah kan aku, naik heran sebabnya sanggup bertalam muka konon dia nak tunjuk yang dia sempurna sangat dimata orang.

Mungkin aku tak patut bercampur dengan orang kot sebab kadang-kadang kita sendiri tak sedar  yang orang  yang berkawan rapat dengan kita itulah yang membenci diri kita ini. aku tak kisah kau nak berkawan dengan siapa pun tapi tak perlu lah nak mengata orang walaupun orang yang ketiga tu kenal aku jugak. Kadang-kadang naik benci dengan lakonan ini semua tapi nak tak nak korang ni kawan aku. Pergi mana pun aku pasti akan berjumpa korang melainkan ajal menjemput aku sebelum mereka-mereka ini.

Kalau nak cerita pasal tak puas hati ni, sampai bila-bila tak akan jumpa titik noktah. Yang aku mampu hanyalah berdiam diri dan melihat apa sahaja rentak korang nak lakukan. Kalau rasa aku ni kawan tak perlu kot nak membezakan aku dengan sesiapa sebab kau pun belum tentu sempurna.

Sekarang ni  aku fikir memang patut aku jauhkan diri daripada orang-orang macam ni. aku harap buruk-buruk aku ini korang  still nak kawan dengan aku. Aku bukan mintak simpati tapi aku dah kenal korang so, aku taknak kita terputus hubungan disebabkan perkara-perkara yang tak mendatang hasil ini.

Setiap manusia ada kelemahannya sendiri, sebelum nak susun jari-jemari ke arah orang lain pastikan cermin dulu diri itu ada tak yang sempurna. Dan banyaklah bertanya pada orang sekeliling anda tentang personaliti anda. Kalau rasa tak dapat terima hakikat cepat-cepat lah tutup mulut untuk berkata tentang orang lain okey.

.: tahun baru :.


assalamualaikum

bersyukur sangat-sangat dapat post entry pada hari ini dan buat kali terakhir untuk tahun ini. tepat pada pukul 12.00 a.m ini dengan secara rasmi nya, kita sudah pun masuk tahun baru iaitu, tahun 2012.

kalau masuk tahun baru mesti dikait kan dengan azam tahun baru. kali ini agak-agaknya apa azam tahun baru aku eh ? rasanya tak perlu kot nak post kat entry ni pasal azam baru aku tapi, yang pastinya aku bersyukur sangat-sangat sebab aku diberi peluang untuk melihat dunia sekali lagi.

ok lah, sampai disini saja dan diharapkan tahun 2012 akan lebih bermakna dari tahun-tahun yang lepas. bagi yang sudah berazam baru tu, aku harap korang dapat melaksana azam itu dengan berjaya dan menyempurnakan nya.

Sunday, 18 December 2011

assalamualaikum,

mengadap laptop sambil memikirkan apa nak entry kali ini. okey, dah dapat dan sekarang aku entry pasal pandangan mata aku sendiri. kalau ada salah silap, aku mintak maaf awal-awal okey.

dua, tiga hari ni aku banyak menghabiskan masa emas aku dengan mengadap laptop. kalau dah mengadap laptop mesti online facebook,twiter dan sama waktu dengannya. tengah-tengah online, aku boleh tergelak sorang-sorang sebab aku jumpa pelbagai ragam manusia di laman sesawang ni. ramai jugak manusia akhir zaman sekarang meluahkan apa sahaja yang mereka rasa termasuk lah aku sendiri di laman sesawang. mungkin ini sudah trend sebab teknologi semua di hujung jari. tapi, disebabkan laman sesawang ini jugak ramai yang bergaduh sesama sendiri, terjatuh cinta sesama sendiri  dan sama waku dengannya. manusia kadang-kadang memang tak boleh lari dengan perasaan hasrat dengki bila tengok seseorang itu lebih populor pada nya. untuk apa dapat populor dilaman sesawang, kadang-kadang semua ini boleh jadi perbualan orang ramai walaupun kita tak kenal siapa yang bercakap tentang diri kita ini. ada jugak yang menggunakan laman sesawang untuk tujuan yang baik,  ini semua terpulang pada individu itu sendiri untuk mengguna kemudahan jalur lebar yang sedia ada sekarang. jangan sampai menjatuh agama, masyarakat, bangsa dan diri sendiri. 

Saturday, 10 December 2011


assalamualaikum...

mintak maaf sebab dah lama sangat aku tak post entry kan. bukan sengaja taknak post tapi banyak perkara yang lagi penting yang harus aku lalui sebagai manusia biasa yang berada di bumi yang nyata ini.

kalau tak percaya, tengok lah gambar aku ini....

serabut tak?

banyak yang tersirat disebalik wajah aku itu. tapi aku cuba jugak buat yang terbaik untuk aku post kan dalam entry ini. aku harap satu hari nanti aku dapat post gambar kesemuanya senyum sahaja. 

p/s : peace from owner ^^.

Saturday, 17 September 2011

akhirnya terputus juga ikatan antara kita . aku harap sangat ikatan antara kita boleh terjalin semula seperti dahulu kala. aku nak kau tahu, aku tak mampu nak bersuara untuk hubungan kita ini sebab aku sendiri takut dan malu kerana aku seorang wanita. aku harap kau faham dengan keadaan aku. aku menyintai kau kerana agama dan kau hormat aku sebagai seorang wanita. aku tak menitiskan air mata tapi aku hanya sebak sebab tuhan yang menentukan dan kita hanya mampu merancang. aku percaya dengan kekuatan iman yang kita ada, kita mampu kecapi kebahagian semula dengan diiringin doa kepada nya. semoga kekuatan aku sebagai wanita dan kau sebagai lelaki dapat kecapi nya dengan penuh ketabahan didunia ini.

Wednesday, 7 September 2011

.: sakit :.

setiap malam, sebelum tidur aku terpaksa makan ubat-ubat ini :

ubat batuk : kalau aku susah nak tidur/semput

ubat antibiotik : kurangkan tekanan

ubat gastrik : kurangkan sakit perut yang melampau

korang semua nampak je aku sempurnakan, tapi hakikatnya aku ni takde lah sesempurna mana pun. aku tak boleh ada tekanan atau banyak berfikir sebab aku boleh migrain yang terlampau. bila maigrain datang, mulalah mata aku akan jadi kabur dan apa saja aku buat tak akan menjadi sepenuh nya.

then aku ni selalu sakit perut, sakit perut aku ni suka datang secara tiba-tiba dan ia teramat pedih. that why la minyak cakap harus aku bawak kemana saja aku pergi. pasal sakit perut ni, dah dua hospital aku pergi. hospital pertama just tahan wad then buat cheack out, then doktor kata takde apa-apa just kurang air dalam badan. hospital kedua pulak nak buat pembedahan tapi dibatalkan sebab kali kedua cheack doktor kata takde apa-apa jugak.

aku sendiri pelik, kenapa doktor kata takde apa-apa sedangkan aku yang menanggung kesakitan. kadang-kadang sampai berguling-guling menahan sakit. bila aku pergi buat cheack out kat hopital. doktor just suggest aku masuk air. sampai bila nak masuk air, takkan nak biarkan kaki aku kembong dengan air.

selain sakit perut dan migrain, aku jugak ada semput. sebab semput ni lah aku tak dapat aktif sukan masa sekolah. aku memang minat bersukan tapi terhalang untuk bergerak aktif. aku paling pantang orang isap rokok depan aku, walaupun ayah aku sendiri isap rokok dirumah dan didepan aku. bila aku terhidu asap rokok, secara automatik hidung aku akan mengecut didalam seperti tersumbat dan aku terpaksa bernafas ikut mulut. bila semput aku datang, siyes memang dada aku akan sakit.

aku harap penyakit ni tak berpanjangan, sebab aku dah mula mual makan ubat dan rambut aku akan gugur.

Tuesday, 6 September 2011

.: need :.

i need you

i love you

i miss you

please dont make me cry again !!!
mana lagi aku nak luahkan perasaan aku ni. aku sendiri tak tahu apa aku rasakan, aku sendiri tak tahu apa yang aku inginkan. aku pun teringin hidup bahagia disamping orang tersayang selain keluarga aku sendiri. aku pun nak jugak insan yang boleh membimbing aku ke jalan yang betul dan sentiasa ingat kan aku tentang agama aku sendiri. kenapa kisah aku ini terlalu panjang untuk ditempuhi, mungkin semua ni sudah tertulis.

kadang-kadang aku sendiri tak dapat nak luahkan apa aku rasa. bila aku cuba untuk luahkan, aku rasa semua tu bohong je tapi perkara yang sebenar telah terbuku dalam hati aku sendiri. aku sentiasa ingat kan diri aku. tuhan sentiasa ada dengan kita.

mood aku kali ni memang teruk, menaip entry ni dengan mood yang bercampur-aduk. aku nak kau tapi kau tak sesuai dengan aku. aku sanggup lukakan hati aku sendiri sebelum kau terbabas dalam diri aku. kau tengok lah perbezaan kita. aku yakin kau ni ramai yang nak kan. tapi takpe, aku redha dengan keputusan aku sendiri.

kau tahu tak, sejak aku kenal kau, kau banyak mengajar aku tentang agama. kau banyak beri kesedaran dalam hidup aku supaya jangan lalai. 

Monday, 5 September 2011

.: demam vs semput :.

bila dah tiba musim raya ni macam-macam pakej penyakit kita boleh dapat. contahnya yang terdekat, aku lah orangnya.

dah dua hari aku demam dan semput. sebab banyak minum air sejuk, sekarang ni aku lah kena tanggung semua nya. bukan badan je tak sihat, hati aku pun kurang sihat. tapi tak apalah, aku boleh lagi kawal hati aku ni.

Saturday, 27 August 2011

.: selamat hari raya :.

Assalamua’laikum.

Pejam celik pejam celik, bulan Ramadhan yang ditabalkan Allah sebagai bulan yang lebih baik dari 1000 bulan dahpun makin hampir ke penghujung. Yang biasa didengari dan diperhati, makin hujung…makin lemau, lebam, dan suramlah aktiviti ibadat yang diusahakan.

Mana taknya, mood hari raya dah makin mengganas dalam minda dan jiwa. Pusat membeli belah penuh memanjang. Tempat parking kenderaan tak pernah lengang. Memang kuat penangan hari raya bukan?

disini aku menyusun sepuluh jari ingin meminta maaf kepada sesiapa yang mengenali diri aku ini. harap raya tahun ini merapat kan silaturrahim antara kita.


"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI"

.: teringat :.

pagi tadi dengar zikir kat siaran tv9. tiba-tiba teringat berzikir beramai-ramai kat sekolah berasrama teknik seri iskandar. suara yang paling sedap waktu berzikir ialah syakilla dari dorm a1, dia pun merangkap imam kat surau aspuri.  selalunya aku jarang join masa berzikir ni, sebab aku banyak menghabiskan masa dengan beborak di belakang surau sementara tunggu azan berkumandang dari surau aspura.

tak sia-sia aku masuk asrama sebab banyak ilmu pengatahuan tentang agama aku perolehi.

Friday, 26 August 2011

.: bosan :.


7.35am : mencari idea untuk dicurahkan dalam entry baru aku. Sambil tu dengar radio hot fm di siaran tv8.

7.41am : tiba-tiba terdengar bunyi sirent bomba. Ingatkan bunyi dekat jalan seberang kawasan perumahan aku. Tapi makin lama, makin dekat. Rupa-rupanya ada rumah terbakar dekat sebelah kawasan perumahan aku.

7.45am : hot fm putarkan lagu sudirman, restu ayah bonda. Sayu je dengar.

7.48am : nenek aku masuk rumah dan dia cakap. Rumah dekat blok4 terbakar. Aku pulak rasa takut, takut terjadi dekat rumah aku. Lagi-lagi nak dekat raya ni kan.


7.51am : lagi sekali kedengaran bunyi sirent bomba. Mungkin itu jentera bomba yang ketiga.


7.53am : stop menaip.


7:56am : masa stop menaip tadi aku sempat keluar untuk tengok keadaan diluar sana.


7.59am : bosan, bosan dan bosan untuk mencari idea yang bernas.


8.03am : stop menaip, shutdown laptop, dan tidur.

.: panggilan & gelaran :.


“ anak haram “

“ binatang “

“ minah gedik “

Dan lain-lain...

Adakah setiap panggilan atau gelaran ini membawa maksud tersendiri?

Untuk apakah kita memberi panggilan dan gelaran sebegitu?

Mungkin sebab sikap, pergaulan, persekitaran dan sebab-sebab yang lain lagi membuat kita memanggil dan mengelar mereka sebegitu?

Penah tak terfikir apa sahaja yang keluar dari mulut kita itu akan menjadi satu sumpahan pada kehidupan kita sendiri satu hari kelak.

Tanpa kita sedari banyak pihak yang terasa hati dengan setiap patah perkataan yang keluar dari mulut kita.

Befikirlah sebelum memanggil atau memberi gelaran pada seseorang itu kerana kita tidak boleh menghukum seseorang itu dengan satu paggilan atau gelaran yang mana mungkin boleh menjatuhkan maruah mereka. Kerana mereka ini semua adalah insan yang lemah dan hati nya penuh dengan kelembutan walaupun kita tidak nampak secara kasar.

Semoga setiap panggilan atau pun gelaran yang anda beri pada diluar sana mendatangkan maksud yang cukup bermakna dan hormatilah setiap nama yang telah diberi oleh kedua ibu bapa mereka.

.: malam vs siang :.


“Malam menanti siang, siang menanti malam”

Inilah akibat nya kalau tak boleh nak lelapkan mata untuk dapatkan tidur yang lena dan dibuai dengan mimpi-mimpi yang indah.

Pada pagi ini tiada apa untuk dibicarakan hanya menanti terbitnya fajar dan datang lah hari yang kita nantikan, sebagaimana mungkin akan lebih baik dari hari-hari sebelumnya.

Apa yang aku harapkan, semoga hari-hari yang akan mendatang. Tuhan panjangkan umur aku, dimurahkan rezeki dan mengharungi segala ujian dariNYA dengan penuh kesabaran dan ketabahan. Malah aku juga mengharapkan semoga tuhan melindungi ahli keluarga aku dengan perkara yang tak diingini. Amin..

Tuesday, 23 August 2011

.: kenapa :.




Kenapa dengan gambar ni?

Kenapa ada tiga orang dalam gambar ni?

Kenapa mesti aku duduk dibahagian tepi?

Kenapa gambar ni ada nama aku?

Kenapa aku tak pandang kamera?

Kenapa aku mesti ada didalam gambar ni?

Kenapa mesti kenapa?

Mesti korang tertanya-tanya kenapa entry aku kali ini.

Bila aku termenung, fikiran aku mesti melayang dan aku sendiri akan bertanya ‘kenapa’?
Adakah kenapa itu satu persoalan yang perlu dijawap secara wajar?
Dalam kehidupan seharian manusia takkan lari dari bertanya ‘kenapa’?

Fikir-fikirkan lah kenapa...........

.: cermin mata :.




Dah lama aku tak pakai cermin mata yang berwarna pink ni. Aku buat cermin mata ni masa tingkatan 5 . aku jarang pakai sebab warna nya terlalu menyerlah. Tapi kalau dah sakit sangat mata aku ni, aku akan pakai jugak dan aku tak peduli orang nak cakap apa. Cermin mata ni nampak je biasa, tapi kalau dah pakai mesti luar biasa sebab power cermin mata ni terlalu kuat. Aku ni rabun terlalu kuat mungkin sebab ikut genetik mak ayah aku. Yang pelik nya dalam adik-beradik aku, aku seorang sahaja yang memakai cermin mata. Aku mula pakai cermin mata dari darjah 6. cermin mata aku yang pertama, dah hancur sebab ada orang dengki dengan aku dan patah kan cermin mata tu. Ini cermin mata aku yang ketiga, cermin mata yang kedua, aku pinjam ayah aku punya sebab ayah aku ada stok lebih. Tapi aku pakai sementara je sebab power nya tak sesuai untuk aku dan bila aku pakai serupa macam tak pakai. Dan sekarang aku ada cermin mata yang keempat. Cermin mata yang keempat, ini lah paling penting buat aku, sebab kalau takde cermin mata ni semua kerja aku tak menjadi dan aku mula pening kepala untuk memaksa mata aku ni melihat dengan lebih jelas.

Kadang-kadang bila dah rabun ni, banyak pegerakan aku terbatas. Bukan setiap masa aku boleh pakai cermin mata. Teringat masa zaman di sekolah berasrama. Sesiapa yang nampak aku dari jauh dan masa tu aku tak pakai cermin mata jangan lah senyum dekat aku sebab aku tak nampak yang korang semua tengah senyum kat aku. Sampaikan ada orang cakap aku ni tak reti senyum dan sombong.

Bila di fikirkan balik tentang pegerakan aku terbatas dan untuk bergaya pun susah. Aku mula belajar pakai kanta mata. Mula-mula pakai memang susah gila, sampai mengalir air mata aku ni. Tapi bila dah biasa, semua tu dah takde masalah untuk aku. Cuma aku kena rajin cuci kanta mata dan jaga mata.

Kesimpulan nya, pada sesiapa yang matanya masih sempurna tak perlu lah korang nak sangat pakai cermin mata ni. Bukan nya senang, bila dah rabun nanti jangan menyesal tak sudah. Bukan nak kata pakai cermin mata ni tak bagus tapi nak berpesan jaga lah mata.

Monday, 22 August 2011

.: zaman aku :.

teringat masa zaman sekolah menengah dulu. aku ada tiga buah sekolah menengah jenis biasa dan jenis teknik & vokasional . 
iaitu :

  1. sekolah menengah kebangsaan vivekananda
  2. sekolah menengah teknik juasseh
  3. sekolah menengah teknik seri iskandar


sekarang ni aku nak story tentang zaman persekolahan aku kat sekolah menengah kebangsaan vivekananda.

aku ni bukan lah seorang pelajar yang terlalu ikut sangat peraturan sekolah. yang aku tahu, aku pergi sekolah, aku bawak handset dan mp3 then waktu cikgu mengajar jari-jemari aku mula menakan setiap keypad fon, telinga aku pulak disumbat dengan lagu-lagu yang membuat aku leka.

pada setiap pagi sebelum sampai ke pagar sekolah aku akan berhenti untuk cheack lencana, tag nama dan barang terlarang aku akan sorokkan. aku ni bukan jenis yang suka pakai lencana dan tag nama, so tak heran lah kalau nampak pin kat lencana dan tag nama aku.

cara pemakaian aku kat sekolah macam biasa, tapi kain dan tudung aku singkat. kalau orang luar tengok mesti dorang fikir aku ni pelajar bermasalah. aku tak heran lah semua tu.

aku dulu penah jugak gaduh dengan sorang bohsia ni. masa tu aku baru tingkatan 3 dan dalam masa yang sama aku tengah menduduki peperiksaan pmr. pada mula nya bohsia ni cuma pesan kat kawan aku supaya aku tak ganggu boyfriend dia. tapi aku tak boleh tahan sangat sebab buat tudahan yang tak betul. aku pun tak tahu siapa boyfriend bohsia tu. seronok gaduh tapi tak sempat nak tumbuk sebab kawan-kawan aku dah tarik aku dulu.

perkara yang paling aku suka ialah aku dapat pelajar cemerlang, sedangkan aku tak belajar apa pun. sampaikan ada orang tak puas hati then sibuk tanya aku betul ke? ah.... lantak lah kan, apa aku nak kisah semua tu. janji aku dapat berdiri kat atas pentas perhimpunan.

subjek yang paling aku tak suka dulu subjek sains sebab cikgu yang masuk kelas aku mesti cikgu yang kelam kabut. ada sorang cikgu sains ni memang anti gila dengan aku. sebab aku tak penah buat kerja yang dia bagi dan bila dia marah aku akan senyum je. dia pun mula naik hot dengan aku . hahahha . memang lawak bila ingat balik.

banyak lagi kenangan aku . kalau nak cerita memang takkan habis . kalau boleh dibuku kan kenangan ni, aku dah bukukan. tapi takpe lah. aku akan semat dalam diri aku sampai ke akhir hayat.

Tuesday, 9 August 2011

.: sibuk, jangan nak sibuk :.


jangan sibuk hal orang lain


masalah yang ketara remaja sekarang ialah, sibuk dengan hal orang lain. misalnya kawan-kawan guna telefon bimbit, kita pun nak guna. mereka pergi bercuti, kita pun nak pergu juga. mereka menaiki motor, kita pun nak ada juga. sedangkan kita sebenarnya belum mampu untuk memiliki semua itu. kenapa kita tidak selesaikan tanggungjawab kita terlebih dahulu? baru lah kita mampu untuk mengukur kemampuan kita yang sebenar, sama atau tidak dengan kawan-kawan sekeliling kita.

sikap sebegini akan terbawa-bawa apabila kita berkejaya kelak. tanggungjawab kita yang sebenar tidak selesai , tapi sibuk dengan tugas orang lain. dengan kata lain , kita akan sentiasa memberi alasan sedang kan kelemahan itu, kelemahan kita sendiri. tidak pandai membezakan antara tugas dan tanggungjawab.


jangan sibuk mainkan perasaan


berkawan, berteman dan bercinta memang tidak dapat dari jiwa remaja. waktu remaja. kita tidak fikir betapa susahnya kehidupan di dunia ini. apa yang diidamkan mudah untuk dicapai dengan meminta dari mak ayah. itulah yang menyebabkan kita lalai dengan perasaan sendiri. tanggungjawab sebenar mula kita abaikan. bersama kekasih hati sehidup semati yang konon nya. sedangkan kita sendiri belum mampu untuk menyara diri sendiri. saggup menolak ke tepi segal perasaan yang menyayangi kita hanya kerana cinta yang belum pasti penghujungnya.

Monday, 8 August 2011

.: prasangka :.

" kenapalah perangai dia macam tu? "
" berserabut aku tengok dia tu "
" aku tengok budak baru tu sombong betul "
" dia tu tentu datang dari keluarga yang porak peranda sebab itu perangai dia macam itu "
" aku rasa budak itu mencuri, tengoklah perangai dia yang tidak senonoh tu "

dialog-dialog di atas merupakan contoh andaian-andaian buruk yang mungkin menjadi ungkapan kita apabila melihat orang yang berada dihadapan kita ataupun yang disekeliling kita. amat sukar rasanya kita tidak akan berkata apa-apa tatkala melihat orang. kata-kata sedemikian mungkin kita lontarkan terus kepada kawan kita ataupun hanya hati kecil kita yang berkata. walau apapun bentuk ungkapan tersebut yang pasti anggapan buruk atau pun prasangka buruk terhadap orang lain bukanlah satu perkara yang baik dan ia memberi kesan yang tidak baik terhadap diri sendiri.

Sunday, 7 August 2011

.: menyampah :.

aku menyampah betul dengan lelaki macam ni. belagak sangat pun tak boleh cik abang oi !!!


kalau agak-agak rasa diri tu bagus sangat, tak payah lah nak menunjuk. aku pun tak heran then buat aku makin menyampah dengan kau.

siapa makan cili dia lah terasa pedas!!!kalau kau nak remove aku dari facebook pun aku tak kisah.

HARAP MAKLUM!!!

.: suka sangat :.






aku suka sangat gambar ni . padahal gambar ni takde yang menarik sangat pun kan?

bila aku tengok gambar ni, hati aku mula terharu sangat sampai menitis kan air mata mungkin sebab aku ni tak ramai saudara mara dan ini lah sepupu yang paling dekat dengan aku walaupun kadang-kadang masalah datang tanpa diduga yang bukan kehendak kita orang.

gambar sebelah kiri berbaju biru pekat itulah sepupu aku dan di sebelah kiri berbaju ala-ala purple itulah aku.

mungkin para pembaca ingat kita orang ni kembar atau adik beradik kan? hahaha....sebenarnya tak lah, kita orang ni hanya saudara mara yang paling dekat.

selagi panjang umur aku harap ikatan persaudaraan kita ini akan kekal hingga nyawa dan mewarisi oleh keluarga kita satu hari nanti. insyallah.

Friday, 5 August 2011

.: selamat berpuasa :.

Dikesempatan ni, aku ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua rakan pembaca dan rakan blogger.




Semoga bulan puasa ini, lebih banyak amalan yang boleh kita buat dan sentiasa memaafkan kesilapan orang lain supaya hati lebih tenang.

Tuesday, 2 August 2011

.: fake :.

 

fake !!!

ada gak manusia nak curi gambar aku kan .
salah seorang yang dah terkena aku lah kan
sakit hati gak la bila ada orang amik kesempatan guna DP aku ni.




see !!!
samekan , yang original FARAHEYDA ANUAR dan yang tiruan ALIYA HANUM.

jangan terpedaya dengan DP ok!!!

Friday, 15 July 2011

.: bila perasaan datang :.


" cinta datang dan pergi, tapi cinta sejati tidak boleh ditukar ganti "



kenape dengan aku ni? aku tiba-tiba rasa aku suka someone... someone yang langsung tak kenal aku, aku rase laa... tapi kenape aku rase, aku suke giler dengan mamat sorang ni.


padahal, aku tak pernah pun tegur dia, dia pun tak pernah tegur aku. aku jumpe die secara depan-depan sekali je, dia pernah duduk depan aku masa dalam kereta dan aku duduk belakang.


kenapa aku suka dia? dia handsome, dia tak merokok tapi hati budi, amal jariah die aku tak tau. macam yang aku cakap tadi, aku tak pernah bertegur sapa dengan dia.


aku tak boleh bagitau korang sapa budak yang aku minat ni. kawan baik aku pun, aku taknak bagitau because, maybe any of you, know him.. so, aku macam memalukan diri sendiri bila aku bagitau orang yang aku suka mamat handsome putih melepak stylo tu... lets call the guy that I adore as MR. H.. (H stand for handsome)



tapi, kalau setakat tulis kat blog ni boleh laa. aku nak jadi peminat dia dalam diam, aku taknak kepoh2, nanti kalau aku gtau kat orang ramai yang aku syiookk kat dia, mesti ade je orang lain terhegeh2 nak syiokk kat die jugak..



aku taktau la dia ada awek ke tak tapi, listen here... aku taknak pun jadi awek dia, sebab aku just minat die je okeyh... aku tak pernah minat sesiape a.k.a orang biase.. lain lah, kalau artis ke selebriti ke, tu memang banyak aku minat... dia lah lelaki pertama yang aku minat, selepas



fizo omar, iqram dinzly, zaquan adha, jehan miskin, fahrin ahmad, aidil zafuan,...... dan ramai lagi laa.......



ciri2 lelaki idaman aku



1. beriman/bertaqwa/soleh (solat penuh, puase penuh, bayar zakat)
2. tidak merokok (sebab aku tak suke bau asap, busukk!!)
3. handsome (sedap mata memandang)
4. hormat orang tua (especially mak ayah aku)
5. penyayang/caring/romantik (tiap hari sayangg~~)
6. kaya (yang ni pakej)
7. tak pentingkan diri ( tolong jangan jual ikan..)
8. tak gedik/tak mengade2/tak manje (sekarang ni pun ade lelaki macam ni tau)
9. lelaki yang bau wangi (pakai perfume yg sedau dibau, bukan bau tengikkk)
10. tidak selekeh... (smart sikit..)
11. lelaki tinggi.. (sesuai macam aku)
12. lelaki yang pandai (ilmu dunia dan akhirat )


ermm, aku tak kenal MR.H.. tapi, yang aku tau.. dia dah ade 2 ciri yang aku minat... lagi 10 je lagii.. hahaha, aku memang suke letak 12 ciri.. sebab aku suke no 12... tapi, ni idaman aku je, aku tau aku takkan dapat macam ke doblas doblas yang aku nak ni.. mustahil... tapi, aku doa je... hehehehe, insyaallah.. aku akan jumpe nanti, mungkin dekat universiti... insyaallah, doakan aku masuk universiti~~


to MR.H... aku akan tetap minat kau sampai bila2 selagi kau tak merokok... :)


aku rase kalau aku jumpe MR.H ni mesti aku terpaku gile... jadi, tak payah lah jumpe die.. cukup lah aku tengok gambar dia kat facebook, hahahha~~ *gatal*



tu je, mengarut je entry ni... aku janji, entry seterusnya akan penuh bermakna... ade tutorial tau.. gaahhahaaahaa~~


assalamualaikum
aiyookkk, tak jawab dose, mati seksa...

.: tak jadi :.

assallamualaikum...


entry aku kali ni nak story to you all yg aku tak jadi bertunang...


sebab ???



  1. aku masih muda lagi
  2. aku nak fokus pada kerjaya
  3. aku belum bersedia
  4. aku nak balas balik jasa parents aku
  5. aku nak rasa kehidupan aku yg sebenar
kisah selanjut nya, biarlah aku seorang sahaja yang mengetahuinya dan sekarang aku bahagia disamping keluarga .

.: aku bukanlah segalanya untuk kau :.

Aku buat salah.
Aku tak buat salah.
Apa lagi yang kau nak?
Aku buat bodoh kau marah.
Aku melawan kau marah.
Aku terangkan kau marah.
Aku ni tempat untuk kau marah je ke?

Aku ni pon ada hati jugak.
Tahu ke kau berapa banyak masalah aku duduk kat sini?
Kau pernah tanya ke?
Kau pernah nak ambil tahu ke?
Aku try nak jadi everything untuk kau.
Tapi kau pernah ke jadi everything untuk aku?

Aku support semua yang kau buat.
Tapi kau pernah support ape yang aku buat ke?

Tolong la faham aku pon ada hati.
Bukan kau sorang je ada hati yang nak aku jaga.
Aku pon nak benda yang sama jugak.

Kau pernah tnya?
Kau pernah peduli?
Kau pernah kisah?

Jawapan dia suma tak.

Thursday, 31 March 2011

.: your face , your book :.

sambil fikir nak post entry pasal apa, aku online fb. then, aku terfikir nak buar entry pasal status yang fb users posted.

FB dah macam alat penghibur aku even sometimes membosankan. apa yang buat aku gelak tu sebab tengok kerenah tulisan orang.

golongan 1

ada certain user suka maki orang. post status semua nak mencarut. takde adab betul. bila orang maki balik kau tengok dia punya gaduh macam mana. ayat semua superb. hafal pulak tu senarai perkataan mencarut tu. pelik aku, tak pandai english tapi bab mencarut, enlish, bahasa melayu, bahasa cina dan lain-lain lagi semua petah. pe jadah semua dia tahu? hebatkan?

golongan 2

perempuan : i love u syg
lelaki : i love u too b, i promise wont leave you. u only my chikaro.
perempuan : prove me, i'll keep ur promises
lelaki : oke b

euww, geli lidah aku! sometimes korang tak payah lah nak mention satu dunia pasal janji sehidup semati korang yang belum sure belum jadi tu. memang lah tengah fall in love habis kan. but behave sikit lah. other people pun fall in love okay.

bila dah puas bersayang-sayang, gaduh pulak. maki hamun semua keluar. time tu 'sayang b' dah takde. silap-silap 'aku-kau' je yang ada. mulalah pergi mampuslah, kau ingat kau hensem, kau ingat kau lawa. padahal, itulah yang dulu yang dipuja-puja, yang dipujuk rayu, bila macam ni, dah macam musuh ketat zaman perang dunia kedua.

kalau habis kat situ sahaja takpe. nak pulak yang agak tak tahu malu kan. dah puas maki hamun dengan mencarut-carut. boleh pulak sambung bercintan-cintun. sesi permaafan dan tak ulang balik perkara macam ni. apa punya manusia lah, matang lah sikit.

golongan 3

ini pulak yang macam jiwa kacau, post status semua sedih.

  • apa salah aku, apa dosa aku, aku tau aku siapa tapi jangan lah buat macam ini.
  • aku doakan kau bahagia, aku tahu aku bukan manusia sempurna. tapi kau kena sedar takda manusia yang sempurna atas dunia ini.
okay-okay, kalau sesekali aku faham lah kan. there must be something bad happen. tapi, wall kau dah penuh dengan status macam tu je. ha, there must be something wrong insude you. hahaha, aiyoo chilled lah. jangan lah sedih memanjang je. go and get ur life.

golongan 4

suka post quotes. tak kira lawak, love etc. ni boleh pakai lah sebab kadang-kadang quotes ni mengena jugak kat diri or situasi.

golongan 5

suka buat fb medam memerli orang. ada je benda nak diperlinya. ada je yang tak puas hati. yang pelik nya, cakap depan-depan tak berani. post status kat satu dunia berani pulak. macam-macam lah.

gunalah facebook ni sebaik mungkin sebab ini laman web sosial. terpulanglah pada masing-masing nak guna macam mana. enjoice :)


p/s : aku paling tak suka golongan no 1.


Wednesday, 30 March 2011

.: aku benci tapi aku suka :.


Beginikah rasa seksa perpisahan
Sungguh seksa hidup berasingan...

Terlintas di fikiran meminggirkan saja
Semua pencarian di sini...

Tetapi ini sebahagian dari pengorbanan
Bekalan andainya hari lain yang lebih mencabar

argh...aku tak suka bila rasa rindu menguasai...tak suka, tak suka, tak suka!!! kenapa harus berlaku kepada aku??? aku kan wanita yang tabah mana boleh rindu...demm...bila lah perasaan ni nak pergi...aku benci kau wahai RINDU pergi la kau jauh-jauh...

korang pernah tak rasa rindu gila-gila??? tak kira lah kat pakwe ke makwe ke??? pernah tak….??? apa yg korang buat bila terasa rindu ni...ke korang tengok gambar orang yang korang rindu???

entah apa yang ter tranformasi dalam diri aku sepanjang tahun 2011 ni...aku rasa belum pernah lagi aku gila rindu macam ni...adoiii..sakitnya hidup, perit bila deman rindu melanda...kalau deman rindu kat family biasa kan, ni kat orang lain..kat orang yang kita sayang dan apa yg perit lagi bila orang yg kita rindu tu bukan hak milik kita...dalam kata lain dia tu tak suka kita….sungguh seksa rasanya!!!

aku tak nak rindu weh...tolonggg...macam mana ni??? rasa macam nak jer buang dia dari hidup aku...tapi aku tak mampu!!!

Saturday, 26 March 2011

.: apabila saya dah lama x update blog :.

Huh! pemalas betul owner blog nie...
bersawang sana sini
jijik pun ada bila singgah betul tak?


jap ea..owner sapu2 kejap, bersihkn sawang yang ada...
spray perfume byk2 bagi wangi....
fuh! siap pun kemas....
 

so marilah kita bercorat-coret sebentar...
hmmm...nak tau tak???
 
 
Kisah sedeh 1.
Kisah sedeh 2.
Kisah sedeh 3.
Kisah sedeh 4.
Kisah sedeh 5.
Kisah sedeh 6.

Tu tajuk je. Kalau nak subscribe cerita taip on (space)tajuk kat notepad.
 
 
Okeh setel. Sekarang aku nak cerita benda gembira pulak.

Gembira sangat gaban gilo gilo gilo remajo. Sebab aku dah jumpa apa aku cari. Tamat.

Sekian.
 
Kalau lah dapat peluang lagi, aku bagi cerita macam macam lagi, persis aku artis baru naik yang dahagakan gosip. Memang aku suka. Haha...