Blogger Backgrounds
welcome to my blog
nur faraheyda anuar

Thursday, 28 October 2010

jangan terase apa aku sampaikan ini !!!


Kau memang tahu kau tulis entri tu pasal nak biar orang tu terasa, then kau tulis dekat akhir sekali entri kau "No offence eh ;) ", "Jangan terasa eh..", "Siapa makan cili, dia la yang terasa pedasnya.." dengan harapan tidak nampak terus-terusan yang kau sedang bercakap tentang orang itu. Seriously, wtf? What's wrong with you??


Masa kau tengah tulis entri yang kononnya nak bagi orang tu terasa dengan apa yang kau katakan, memang kau dah bulat dalam hati untuk tulis biar seorang insan tu terasa, tapi kenapa kau nak nampak suci dengan berkata dengan jahilnya bahawa entri yang kau tuliskan itu bukannya ditujukan untuk siapa-siapa, kenapa?


Kenapa tak terus diperhitamkan lagi motif sebenar yang kau menulis untuk si Aminah itu atau untuk si Ali itu? Kalau tulis setakat nak bersembunyi disebalik maksud sebenar konon nampak macam diri yang teraniaya, baik tidak payah kau entrikan apa-apa. Ataupun ada idea disini, kau boleh pergi kedai buku, beli diari dan tulis dalam situ dan akhir kata disitu kau boleh tulis "Jangan terasa eh.." dan pastinya bila diari itu milik kau, tiada siapa yang akan terasa. Puaslah kan hati sendiri, kan? Lagi jimat kos, tidak perlu menggunakan tenaga eletrik, dapat mengurangkan pemanasan global ni haaaa.


Berbalik kepada entri yang ditulis itu, apabila minah yang terasa dengan entri yang kononnya tidak ditujukan pada siapa-siapa itu bertanyakan pada kau yang adakah entri yang kau tulis itu ditujukan pada dia, kau dengan naifnya berkata "Eh mana ada, ni pasal kawan I yang lain lah.. Sorry la kalau u terasa hehe." walhal kau tahu yang kau coretkan itu untuk dia. Tapi masalah diri kau, tegar diri kau untuk bermain dalam keadaan yang play safe sekali.


Baling batu, sembunyi tangan. Ha.


Tak mahu nampak jahat, mahu nampak baik kononnya tidak ada dendam pada manusia. Konon dendam itu dibenci Tuhan padahal dalamnya diri kau memang bermula dengan niat sebegitu. Keep it real la please? Orang takkan caci kau kalau kau memang mengaku kau membenci dia kerana dot dot dot, aku rasa itu lebih indah bila kau jujurkan apa yang kau rasa tanpa bermain permainan yang kau rasa selamat. Semua orang akan faham.


Oh ya. Kalau ada yang rasa aku tulis ni tentang korang, biar aku perjelaskan dahulu. Aku tulis ini secara umum memang daripada hati aku memang untuk umum tiada dikhususkan pada siapa-siapa pun. Seriously. Hanya untuk membangkitkan maruah pemblogger-pemblogger sekalian, mungkin? Okay sebenarnya, bila otak aku dapat signal untuk tulis benda poyo macam membangkitkan maruah tadi, sebenarnya aku pun geli. Tapi geli tu mesti best kalau sambil tengok cerita Glee kan? Takda kena mengena.


Okay, keep it real please. Oh ya, ini entri aku juga, peringatan untuk diri sendiri yang pernah juga terjebak dalam penulisan entri konon nak bagi orang terasa. Kita manusia biasa, ada picisan rasa benci tu, normal lah aku rasa, apa yang kau harapkan pada manusia biasa, kan? Tapi kita bisa mengubah, insyaAllah.

No comments:

Post a Comment