Blogger Backgrounds
welcome to my blog
nur faraheyda anuar

Friday, 29 October 2010

hanya di ujung jari


Ianya mengerikan bagi aku bila orang sekeliling mengetahui segala-galanya tentang engkau melalui dunia alam maya ini. Contohnya, kita baru nak cakap tentang sesuatu yang kita sangkakan tidak ketahui oleh sang pendengar, tapi bila kita cerita jawapan ini akan kita dengar..


A : Haritu kan aku baru beli..
B : Ye aku tahu, kau beli phone baru kan? Aku dah baca dekat Blogspot kau..


A : Aku bengang gila dengan..
B : Rommate engkau yang xxxxxxxxxxx tu? Lawak kan. Aku dah baca dekat Twitter kau..


A : Eh kau tahu tak Jenab tu dia..
B : Couple dengan Samad? Aku dah tengok dah dekat Facebook..


A : Kau rasa minah tu jenis belagak tak?
B : Aku baca Formspring dia haritu, dia kata muka dia memang sombong, tapi sebenarnya dia peramah. Aku tak tau la, aku baca Formspring dia je.


A : Kau nak tengok gambar aku holiday dekat New York?
B : Hehehe cantik kan gambar-gambar kau. Sorry ah weh, tapi aku dah tengok dekat Flickr dengan Tumblr kau.


A : Haritu kan, Ali cakap..
B : Dia suka dekat engkau? Betul ke dia mintak couple dekat kau? Aku baca dekat blog kau, dekat Facebook kau, Twitter kau pun, Flickr and Tumblr. Tak sangka do.
A : KAU SEMUA TAHU? KAU STALKER AKU KAN? NAIK GILA AKUUU!


Inilah yang berlaku bila hidup kita semuanya kita paparkan di alam maya. Semuanya boleh di akses dan semuanya boleh diketahui. Jadi sekarang tak payah cite sangat dekat orang tentang hidup kita, sebab ada jenisan manusia yang tahu tentang kita melalui rangkaian sosial network ini semua. Ada manusia yang ada 'perasaan ingin tahu' tentang segala tentang kita. Berhati-hati je lah.


Tak sangka kan hanya dengan perkara tersebut ia mengubah hidup kita. Zaman dah maju, zaman dah berubah, zaman semakin 'kecil', zaman semakin 'senang. Macam scary kan? Apa korang rasa tentang perkara ni? Sesuatu yang positif atau negatif?

2 comments:

  1. haha sooooooooooooooo true la beb. rasa mcm nk hempuk je org mcm ni. ade tu kite xletak kt mane2 pon tp bile tnye die kate ala ak tgk ade org tag ko dekat gmbr, ak taula. haha

    ReplyDelete
  2. hahaha.....tawu xper do...
    to sebab hanya di ujong jari.=)

    ReplyDelete