Blogger Backgrounds
welcome to my blog
nur faraheyda anuar

Thursday, 28 October 2010

bila rindu


Ketika kehadiranmu aku selalu tidak mengerti betapa engkau terlalu berharga bagi diriku. Kini, kau telah pergi meninggalkan aku. Pergi jauh tidak kembali. Aku seperti terkesima dengan khabar yang kau bisikkan. Aku amat terkilan kerana aku belum sempat memberimu kebahgiaan. Aku rindu kau, aku sayang kau dan aku amat memerlukan kau. Tapi, Tuhan ternyata lebih menyayangi mu. Segala cerita yang kau lakaran dalam hidupku akan aku sematkan dalam lubuk sanubariku.

Abang…

Tiada kata yang mampu eyda ucapkan lagi,

Tiada lagi air mata ini buatmu,

Kerana tidak ada perkataan,

Tidak tercurah perbuatan,

Untuk meggambarkan kepedihan yang aku alami,

Atas pemergianmu,

Abang..

eyda hanya mampu mendoakan kebahagiaan abang,

Bersemadi tenang di sisi Illahi,

Abang..

Andai suatu hari kita berjumpa,

eyda ingin katakan pada abang,

eyda ingin ucapkan pada abang,

Betapa eyda amat memerlukan abang,

Abang..

Duniaku ini seakan terhenti sewaktu jantungmu terhenti,

Luluh,

Hati yang membara dengan kasih sayangmu,

Abang..

eyda harap setiap kali eyda pejamkan mata,

Membayangkan kenangan kita,

eyda harap abang dapat bersama,

Walaupun bukan di alam nyata,

Abang…

Tiada lagi kini aku dengar,

Lagu yang kau mainkan untukku,

Gurau senda yang kau berikan,

Tiada lagi aku rasai,

Kasih sayang yang kau curahkan,

Sentuhan perangsang yang kau labuhkan,

Walau pada pandangan manusia,

Gelaran abang hanya untuk darah yang sama,

Tapi,

Ku buktikan pada diriku,

Darah berbeza yang mengalir antara kita,

Tidak pernah mencipta jurang hubungan,

Abang..

Andai abang mampu mendengar segala ritihan eyda,

Damailah di sana,

Ketahuilah bahawa abang sangat bererti dalam hidup eyda,

Ketahuilah bahawa kehilangan mu amat di rasa,

Abang..

Apalah daya eyda melawan takdir,

Apalah upaya eyda mengubah kehendak,

Apalah kekuatan eyda menolak kesedihan,

Apalah gigihnya eyda meredah kenangan,

Abang.. Hanya doa yang mampu aku kirimkan,

Hanya kenangan yang mampu aku sandarkan,

Hanya air mata yang mampu aku curahkan,

Hanya rindu yang mampu aku turutkan,

Abang…
 
Pemergianmu membawa cerita,

Abang…

Perjalanan ku masih jauh..

Dikau tiada sewaktu aku memerlukan sokonganmu,

Dikau pergi sewaktu aku hilang kekuatan,

Kirimkan semangat untuk ku,

Biar kau jauh di sebalik awan,

Utuskan kata rindumu,

Biar hanya khabar dalam mimpiku,

Abang…

eyda akan berusaha,

eyda akan meneruskan hidup ini,

eyda akan membawa impian ini,

Akan eyda redahi,

Kerana cita-citaku,

Adalah cita-citamu jua,

Abang..

Izinkan eyda memanggil nama abang,

Hanya untuk melepaskan rinduku,

Andai ia singgah bertahta di hati,

Abang…

Abang…

Abang…

Semoga Kau Aman dan ku harap Syurga menantimu di sana.

Ya Allah tempatkan lah dia di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Perliharalah dia dari 

kesengsaraan di Alam sana Ya Allah. Sesungguhnya, aku sangat sayang padanya..

No comments:

Post a Comment