Blogger Backgrounds
welcome to my blog
nur faraheyda anuar

Monday, 13 December 2010

Friday, 10 December 2010

.:sendirian mengenangkan perasaan ini:.




Aku senang dengan kehidupan aku sekarang nie...walaupun terlalu banyak dugaan yang menipa tapi aku masih mampu senyum dan beegembira dengan apa yang ada di hadapan aku...

Walaupun aku senyum dan ketawa tapi aku teta rasa kekurangan...kekurangan yang buat aku sering kali rasa yang apa yang ada di hadapan aku bagaikan tidak bermakna...

Aku masih sendirian tanpa temam-teman yang boleh aku jadikan tempat aku meluahkan rasa...seseorang yang boleh aku jadikan teman hidup hingga hujung nyawa aku..

Aku tak perlukan harta dan kemewahan yang melampau...itu semua tidak penting buat aku...asalkan dapat temani aku hingga akhir hayat aku itu sudah memadai..

Sering kali aku bertanya ada diri aku pantaskan aku mendapatkan seseorang yang aku mahukan...seseorang yang menyayangi aku lebih daripada aku menyayangi dia...itu semua cuma soalan hati yang tak mampu aku luahkan pada sesiapa...

selalu aku akan kata pada kawan-kawan aku cinta akan datang dengan sendiri tanpa kita jangka dan kita akan bahagia bila tiba masanya.. tapi hati sendiri?

Ada yang kata aku terlalu ego dan terlalu memilih?
itu kata orang yang tidak mengenali aku...orang yang hanya pandang aku pada luaran..

sungguh aku perlukan seseorang yang boleh terima aku seadanya...

tak ada mood


Tiba-tiba je macam tak ada mood nak menaip, sebenarnya ada je cerita ni nak tulis tapi mana pulak hilangnya mood ni, jap nak pergi cari dulu mana tau main hide & seek ke kan..hahaha!!

Jadinya hari ni aku singgah-singgah je blog orang membaca, menambahkan pengetahuan..!!!

Sampai kita ketemu di entri yang bertajuk lain yee!! 

bye2!!

p/s : kalau entri macam ni selalunya orang akan letak gambar muka tak ada mood kan tapi aku tak nak letak..memang tak ada mood langsung dah ni..

Thursday, 2 December 2010

.:deactive acc:.


.:DEACTIVE ACC:.

  1. jangan tanya kenapa .
  2. jangan cakap ' konon je dia ni'
  3. tak payah nak kisah

p/s : nati aku m'on9 jugak fb aku tuh k.....sorry!!



Monday, 29 November 2010

.:why:.

kenapa aku...?
kenapa aku jadi macam ni...?
kenapa aku yang perlu hadapi semua ni...?
dan yang pastinya kenapa aku...?

KENAPA ?

okay, readers...

sebelum tu aku nak minta maaf...sorry la,kalau kebanyakannya story aku menyedihkan  :( suka ke...? eeeuu !! aku...? aku mestilah tak dan semestinya langsung tak akan suka , tp ni lawr kehidupan... nak tak nak ,
kita mesti hadapi :) 

alam remaja mmg indah...tak lengkaplah dunia remaja kalau tiada kawan-kawan, begitu juga dengan aku yg tak boleh hidup tanpa kawan...seburuk mana pun kawan tu, sebanyak mana pun kesalahan kawan tu, aku tak akan buang terus . aku pasti satu hari aku juga perlukan kawan-kawan dan begitulah sebaliknya...persahabatan yg terjadi secara tidak langsung menampakkan satu konsep tipikal hati yang suci lg murni :)

ala. gaduh2 tu semua akan mematangkan kita kan . 



pelbagai keadaan...situasi yg mengajar aku tentang kehidupan...refleksi yang berlaku terhadap aku mahupun kawan-kawan  kadang-kadang menjadikan aku resah, hati selalu berdebar-debar...pantang dijentik sikit, hati aku pasti akan luluh, lesu mengenangkan persahabatan yang terjalin. please la...

aku tak boleh .. tak sanggup ='(

setiap lakonan...setiap luahan yang disampaikan...setiap cabaran, setiap kesedaran, setiap kegembiraan dan setiap apa yang berlaku mungkin menjadikan aku keliru apa sebenarnya aku perlukan dalam kehidupan . manusia ?. 

aku pun manusia biasa , insan yg lemah dan tak pernah terlepas dari membuat kesalahan .

Sunday, 28 November 2010

.:kecewa melanda:.

perasaan aku semalam...?
SAKIT HATI, KECEWA, MENYESAL, SEDIH, HAMPA, LULUH, SIMPATI....

perasaan aku untuk hari ini...?
BERSABAR, TAWAKKAL, REDHA, TERIMA SEADANYA, PASRAH, SIMPATI....

apa yang akan aku buat hari ini...?
BERI SOKONGAN KEPADA YANG MEMERLUKAN, LUPAKAN YANG DAH BERLAKU, BIAR SEMUA YANG BERLAKU MENJADI SEJARAH, SAMPAI MATI...

pengajaran kepada orang yang buat masalah dan kepada diri sendiri...?
JGN SALAHKAN LELAKI, JGN SALAHKAN PEREMPUAN...

kita semua manusia...
kalau lelaki ada kelemahan, perempuan pon sama..
kalau lelaki ada ego, perempuan pon ada ego...
kalau ada masalah, cuba selesaikan dengan cara yang baik..tak perlu nak menyakitkan hati orang lain untuk buat orang tu bencikan kita...
setiap perkara yang berlaku, sama ada baik atau buruk, nilai la perkara tu dulu sebelum nak BERKONGSI perasaan yang sama dengan orang lain....



JANGAN ajar aku untuk membenci seseorang...
sebab orang yang bakal aku benci mungkin kau...

JANGAN salahkan aku kalau aku berat sebelah...
sebab aku terpaksa kalau itu yang boleh memulihkan keadaan, menenangkan jiwa orang yang aku sayang...

JANGAN sakitkan hati orang...
sebab mungkin hati kita yang akan sakit...

JANGAN sesuka hati nak mengubah orang...
sebab kita x perlu nak ubah sesiapa kalau kita sayangkan dia, terima la dia seadanya...

JANGAN salahkan aku..
sebab aku x tau apa-apa...

Aku x takut pada cinta...
sebab aku tau, kita mungkin x sedar bila kita akan jatuh cinta....
apa yang paling penting, jadilah orang yang bijak memilih kawan, terima la kawan kita tu seadanya, jangan terlalu suka kalau orang ikut telunjuk kita, sebab kita x tau, orang tu sebenarnya terseksa...
diam x semestinya bisu...
diam x semestinya tanda setuju...

nilailah diri sendiri sebelum menilai diri orang lain...
ubahlah diri sendiri ke arah kebaikan sebelum mengubah orang lain...

.: otak aku serabut::.

salam..

hmmmm....

jam dekat laptop nih dah menunjukkan sekarang pukul 12.35am...
aku masih lagi belum tidur...

kenapa??
sebab aku tak boleh tidur...

kenapa??
sebab aku tak mengantuk..

kenapa??
sebab dah jadi habit aku tidur lepas pukul 4.00am...

kenapa??
sebab selalu leka mengadap laptop...

kenapa??
sebab suka baca blog orang...

kenapa??
sebab blog dorang best...

kenapa??
sebab aku tertarik dengan blog dorang...

kenapa??
sebab aku suka dengan apa yang dorang buat, tulis...

kenapa??
sebab aku suka tengok lifestyle orang...

kenapa??
sebab aku sendiri tak boleh nak rasa lifestyle macam dorang...

kenapa??
sebab aku anak mak??
ntah...

Otak rasa serabut. Tak tau apa yang aku sendiri fikir...
mungkin benda yang tak penting, mungkin juga benda yang penting...
it doesn't matter...
janji tak serabutkan orang lain...

hmmmm...

masih mencari perkara yang boleh dilakukan untuk bagi kelopak mata ni berat..
gantung batu??
agak susah skit..
nanti tak mengantuk, sakit yang mengundang...
tabur serbuk lada....
tu bukan nak bagi tidur, bagi celik lagi ada laa...

hmmmm....

cuba tidur...

hmmmm....

Saturday, 27 November 2010

.: lawak kampus :.


first time aku baca komik ni memang lawak gila la aku katakan...sampai sekarang aku follow komik lawak kampus ni...sekarang pulak...aku punya boy friend dah ketagih dengan komik ni...asal keluar dengan aku je mesti dia ajak aku pergi kedai popular then beli komik ni untuk aku dan dia...



aku paling minat part ni...memang lawak la aku katakan...kalau boleh semua nak uploud kat blog kan...macam kita jugak kan...kalau boleh ada je story yang hot ke tak aku pun tak tahu mesti nak entri je...hahaha...

.: tak ada kerja :.

salam...
disebabkan aku tak ada kerja dan boring tahap maksimun...aku pun mangarutlah  kejapkan...siyes aku sekarang tak tahu nak buat apa kat rumah...asyik online je pun boring jugak ni...nak baca buku ??? buku apa,buku conan ke...hehehe...sejak bila pulak aku minat buku conan ni...

jadinya aku tangkaplah gambar yang tak berapa nak cantik ni....tapi comel la jugak....hahaha..syok sendiri la pulak kan.....untuk hiburkan hati aku yang kesayuan ni...apa benda tah nak di sayukan aku pun tak tahu...wakaka...aku ni kalau dah  mula terlebih ada idea yang di curah dalam entri ni memang sebegini akan mencarut apa aku suka...ok...ni semua gambar aku masa pagi tadi....entah kenapa bangun pagi tadi pukul 3.30 a.m...untuk hilangkan rasa takut aku terus bukak lampu dan tangkap gambar...tapi seronok jugak...hahaha


tedy bear ni tak ada name pun...tapi yang pasti...tedy bear ini akan sentiasa ada di sudut katil aku dan waktu tidur aku akan peluknya dengan penuh makna.....cewah !!! macam ada makna yang tersirat je kan...hahaha


erm....korang sendiri nampakkan aku peluk tedy bear ni dengan penuh makna.....hahaha


aku harap orang yang memberi tedy bear ini tidak berubah hati dan sentiasa sayang pada aku seperti aku sayang dan menghargai pemberiannya...walaupun tedy bear tak salah kita untuk menghargainya kerana disitu juga kita boleh rasakan sesuatu yang boleh membahagiakan kita..

erm...pesal aku rasa entri aku ni macam jiwang je...tak kisah la kan...asal kan aku dapat mencarut apa aku nak...hahaha

.: i hate this part :.


persoalan : 

  1. kenapa mesti ada name aku dalam entri ni ?
  2. aku pernah couple dengan dia ke?
  3. aku pernah sakiti hati dia ke?
p/s : jangan lah nak blame orang lain kalau hati tu disakiti...terkejot jugak aku baca entri ni...

.: jual nombor :.


macam ini lah sifat manusia...
aku dah tak tahu nak kata apa kalau jumpa hamba allah sebegini...
aku hanya mampu tunjok yang ini sahaja..
bukan setakat ini sahaja...malah hamba allah ni juga memarahi diruang chating sebab aku tak kol  dan massages dia...

p/s : aku bukan nak malukan hamba allah ini dalam ruangan blog aku...tapi aku rasa hairan ada jugak hamba allah sebegini rupa..

Monday, 8 November 2010

.: wajahku :.

tajuk pada hari ini .: wajahku :. yang sebenarnya tak ada motif pun aku nak entri. tapi, dah bosan-bosan tu yang entri ni.



apa-apa hal pun aku nak tunjok gambar aku yang berbeza. tapi aku tak tahu la bagi korang sume ni berbeza ke tak kan.

 

f-hair

gambar aku pakai cap

gambar aku pakai cermin mata

gambar aku pakai selendang
 

korang sume dah tengok kan? so, tak payah la nak kutok blakang-blakang... korang just klik kt kutok jela then korang taip je apa korang nak !!!
 
 
 
p/s : aku ni memang suka bergambar. so, tak heran la kalau nak letak gambar aku banyak mana....hahahahahah......=)

.: pura-pura bahagia :.

masa aku tulis entri ni, kepala aku tengah .:ting-tong:., kalau korunk tak paham apa yang aku cuba sampaikan, aku tak marah sebab aku pun tak tahu apa yang akan aku tulis. aku tulis entri ni sebab aku tengah alami dilema ni. 



bahagia, aku cakap bahagia...apa pendapat korunk pasal bahagia, apa itu bahagia sebenarnya? sebetul-betulnya aku pun tatau nak definisikan bahagia sebagai apa. tapi aku tahu aku pernah rasa bahagia, ada banyak cara kan untuk bahagia. contohnya, aku bahagia bila :





  • bila dapat gurau dgn mak aku
  • dapat jumpa kengkawan yg kple giler2 mcm aku...hahaha
  • dapat on9 fb kot (konon je ni...sbb dah xde ayt)
  • bila si dye datang pada aku (tipu je ni)
  • makan masakan mak .. yauuu !




tapi dapatkah aku bahagia bila aku pura-pura bahagia, senyum 8/11 supaya semua tahu aku paling bahagia, ketawa sedangkan aku patut menangis.







sebenarnya, aku pun tak tahu mungkin aku boleh bahagia, bila aku pura-pura. pernah dengar tak? we can fake it till we make it. maksudnya aku boleh bahagia sebab mula2 aku pura-pura pastuh aku boleh bahagia betul-betul kan ?




okeh, setiap perkara yang berlaku mesti ada sebabkan ? sebab aku pura-pura bahagia sebab aku tengah sumbat dan aku tak rasa nak senyum pun.



makin lama aku makin tak paham apa yang aku tulis, so aku nak berhenti sebelum aku merapu lebih lagi, okeh.




aku mintak pendapat korunk , tolong aku ey :)

Sunday, 7 November 2010

.: TERTARIK .:

Download:
FLVMP43GP


sebenar nya ak .: TERTARIK .: dengan satu blog ni
tajuk blog  .: SENI CINTA .:
bila baca memang tak rase mengantok la wa cakap dengan lu
blog ni kisah CINTA dah tajuk pun SENI CINTA kan mesti lah kisah CINTA tak kan lah pasal jiran korang tu.

putus CINTA tu memang la perit dan derita CINTA memang menyakitkan


korang bersedih ? korang putus harapan ?


tahan dulu perasaan itu dan hayatilah video ini ..





mengalah

Assalamualaikum
BestFreeDesign.Com border=

Kembali kita ke segmen baru, iaitu "MENGALAH"
Apa maksud MENGALAH?
BestFreeDesign.Com border=


Mengalah ini sebenarnya adalah SIKAP.
sikap yang BAIK.
Maknanya kalau sikap itu baik, orang itu berada dikalangan orang-orang yang TERPUJI.

MENGALAH bukan beerti kita KALAH... (Mesti anda ingin tahu kenapa saya kecilkan perkataan KALAH bukan?)

JAWAPANNYA: Kerana Mengalah adalah sebuah KEMENANGAN!

Mari kita lihat apa itu MENGALAH mengikut SITUASI.

situasi 1:

CINTA

Cinta~ merujuk kepada perasaan. Perasaan yang hadir di dalam jiwa setiap insan-insan yang normal dan mempunyai nyawa. di mana mereka boleh bernafas, boleh melihat. boleh bertutur dan boleh merasa perasaan tersebut.


Orang kata CINTA lahir dari KASIH SAYANG...


Orang lain pula kata CINTA lahir dari sebuah PERGADUHAN?BestFreeDesign.Com border=

Ada pula kata, CINTA tu bagai MATAHARI yang bercahaya yang bersinar...benarkah?!
Ada pula yang kata CINTA itu lahir sebab ada perasaan RINDU.BestFreeDesign.Com border=

Pendek kata, lain orang lain pentafsirannya mengenai CINTA.

oklah, apa pula kaitan CINTA dengan segmen MENGALAH ini ye?

ehehehe~ Biasalah kita ini perempuan. Perempuan banyak mengalah dalam perjalanan percintaan mereka.

BETUL TAK? BestFreeDesign.Com border=

Saturday, 6 November 2010

MPW 1133D



MPW 1133D
2010
PN.ZAKIAH




KOLEJ PTPL SEREMBAN'10

Wednesday, 3 November 2010

selamat hari jadi ibu

selamat hari jadi 
mak selamat hari jadi eyda ucap kan
semoga mak hidup bahagia di samping orang tersayang
di murahkan rezeki dan semoga panjang umur
siapalah eyda kalau tidak emak melahirkan nya


kek ni along dan kak eka yang beli kan nye. memang sedap... nyuuuuummmm!!



penuh semangat mak aku meniup lilin dan memotong kek nya itu ....!!!! selamat hari lahir yang ke 48

Saturday, 30 October 2010

sebuah perjalan


Adakalanya kita perlu menangis..
Agar kita tahu hidup ini bukan sekadar ketawa

Adakalnya kita perlu ketwa..

Agar kita tahu mahalnya airmata


Terima kasih pada orang yang menyakiti hati kita..

Kerana dia membuat kita tabah

Terima kasih kepada yang tidak mengendah..

Kerana dia memupuk kita berdikari..

Terima kasih kepada yang menjatuhkan

Kerana dia memperhebatkan..

Terima kasih kepada yang menyiksa

Kerana dia menguji kesabaran dan kekuatan..

Bila Cinta - OST Lagenda Budak Setan (Female Full Version)

Download:
FLVMP43GP

Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Di tinggalkan cinta masa lalu


Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Dan ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkan ku


Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku memilih
Cinta yang fana


Perginya dirimu
Merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan


 Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
cinta yang fana



p/s : aku suka lagu dia dalam versi perempuan nyanyi..
yang sedih bagi aku masa part ni ngn masa aku packing barang kt kolej .tu pun kejap je..sedihnya..
 tapi aku tak nangis..pun..huhuhuhhuuh
lirik tu tak full..ada salah silap sikit..

setia


Setia sering sahaja dimanipulasi dalam suatu hubungan. Kesetiaan seseorang menjadi lesen untuk melakukan kesalahan terhadap pasangan atau sahabat.

Isu setia sering-kali berlegar dalam hubungan jarak jauh. Perpisahan sering berlaku disebabkan oleh kewujudan orang ketiga atau salah seorang sudah pudar minatnya. Setiap orang pasti pernah merasainya. Peritnya hati dikhinati oleh orang yang kita percaya. Kalau ada perasaan yang terbuku, luahkan sahaja di sini.

Friday, 29 October 2010

aku bahagia


(eyda aku tau kau tengah bahagia hehehehhe)

aku bahagia bila tengok orang lain bahagia
heheheheheheh
tengah di lamun cinta,aku bahagia sangat
aku pulak yang berangan lebih
hahahahaha
adoi geli hati,senyum sowang sowang..

dan kawan kawan aku yang tengah bahagia tu
laaagggi aku ssyyyiiioookk tengok korang
heheheheh
senyum senyum gitu
adeehhhh berangan tak sudah aku..
memang tabiat aku suka berangan sejak sekolah lagi..
hehehehehe..

Aku doakan aku dan si dia bahagia sehingga akhir hayat
nanti boleh makan nasi minyak an an an..
AKU BEGITU BAHAGIA
YYYYEEEEHHHHOOOOOO!!!

hanya di ujung jari


Ianya mengerikan bagi aku bila orang sekeliling mengetahui segala-galanya tentang engkau melalui dunia alam maya ini. Contohnya, kita baru nak cakap tentang sesuatu yang kita sangkakan tidak ketahui oleh sang pendengar, tapi bila kita cerita jawapan ini akan kita dengar..


A : Haritu kan aku baru beli..
B : Ye aku tahu, kau beli phone baru kan? Aku dah baca dekat Blogspot kau..


A : Aku bengang gila dengan..
B : Rommate engkau yang xxxxxxxxxxx tu? Lawak kan. Aku dah baca dekat Twitter kau..


A : Eh kau tahu tak Jenab tu dia..
B : Couple dengan Samad? Aku dah tengok dah dekat Facebook..


A : Kau rasa minah tu jenis belagak tak?
B : Aku baca Formspring dia haritu, dia kata muka dia memang sombong, tapi sebenarnya dia peramah. Aku tak tau la, aku baca Formspring dia je.


A : Kau nak tengok gambar aku holiday dekat New York?
B : Hehehe cantik kan gambar-gambar kau. Sorry ah weh, tapi aku dah tengok dekat Flickr dengan Tumblr kau.


A : Haritu kan, Ali cakap..
B : Dia suka dekat engkau? Betul ke dia mintak couple dekat kau? Aku baca dekat blog kau, dekat Facebook kau, Twitter kau pun, Flickr and Tumblr. Tak sangka do.
A : KAU SEMUA TAHU? KAU STALKER AKU KAN? NAIK GILA AKUUU!


Inilah yang berlaku bila hidup kita semuanya kita paparkan di alam maya. Semuanya boleh di akses dan semuanya boleh diketahui. Jadi sekarang tak payah cite sangat dekat orang tentang hidup kita, sebab ada jenisan manusia yang tahu tentang kita melalui rangkaian sosial network ini semua. Ada manusia yang ada 'perasaan ingin tahu' tentang segala tentang kita. Berhati-hati je lah.


Tak sangka kan hanya dengan perkara tersebut ia mengubah hidup kita. Zaman dah maju, zaman dah berubah, zaman semakin 'kecil', zaman semakin 'senang. Macam scary kan? Apa korang rasa tentang perkara ni? Sesuatu yang positif atau negatif?

Thursday, 28 October 2010

jangan terase apa aku sampaikan ini !!!


Kau memang tahu kau tulis entri tu pasal nak biar orang tu terasa, then kau tulis dekat akhir sekali entri kau "No offence eh ;) ", "Jangan terasa eh..", "Siapa makan cili, dia la yang terasa pedasnya.." dengan harapan tidak nampak terus-terusan yang kau sedang bercakap tentang orang itu. Seriously, wtf? What's wrong with you??


Masa kau tengah tulis entri yang kononnya nak bagi orang tu terasa dengan apa yang kau katakan, memang kau dah bulat dalam hati untuk tulis biar seorang insan tu terasa, tapi kenapa kau nak nampak suci dengan berkata dengan jahilnya bahawa entri yang kau tuliskan itu bukannya ditujukan untuk siapa-siapa, kenapa?


Kenapa tak terus diperhitamkan lagi motif sebenar yang kau menulis untuk si Aminah itu atau untuk si Ali itu? Kalau tulis setakat nak bersembunyi disebalik maksud sebenar konon nampak macam diri yang teraniaya, baik tidak payah kau entrikan apa-apa. Ataupun ada idea disini, kau boleh pergi kedai buku, beli diari dan tulis dalam situ dan akhir kata disitu kau boleh tulis "Jangan terasa eh.." dan pastinya bila diari itu milik kau, tiada siapa yang akan terasa. Puaslah kan hati sendiri, kan? Lagi jimat kos, tidak perlu menggunakan tenaga eletrik, dapat mengurangkan pemanasan global ni haaaa.


Berbalik kepada entri yang ditulis itu, apabila minah yang terasa dengan entri yang kononnya tidak ditujukan pada siapa-siapa itu bertanyakan pada kau yang adakah entri yang kau tulis itu ditujukan pada dia, kau dengan naifnya berkata "Eh mana ada, ni pasal kawan I yang lain lah.. Sorry la kalau u terasa hehe." walhal kau tahu yang kau coretkan itu untuk dia. Tapi masalah diri kau, tegar diri kau untuk bermain dalam keadaan yang play safe sekali.


Baling batu, sembunyi tangan. Ha.


Tak mahu nampak jahat, mahu nampak baik kononnya tidak ada dendam pada manusia. Konon dendam itu dibenci Tuhan padahal dalamnya diri kau memang bermula dengan niat sebegitu. Keep it real la please? Orang takkan caci kau kalau kau memang mengaku kau membenci dia kerana dot dot dot, aku rasa itu lebih indah bila kau jujurkan apa yang kau rasa tanpa bermain permainan yang kau rasa selamat. Semua orang akan faham.


Oh ya. Kalau ada yang rasa aku tulis ni tentang korang, biar aku perjelaskan dahulu. Aku tulis ini secara umum memang daripada hati aku memang untuk umum tiada dikhususkan pada siapa-siapa pun. Seriously. Hanya untuk membangkitkan maruah pemblogger-pemblogger sekalian, mungkin? Okay sebenarnya, bila otak aku dapat signal untuk tulis benda poyo macam membangkitkan maruah tadi, sebenarnya aku pun geli. Tapi geli tu mesti best kalau sambil tengok cerita Glee kan? Takda kena mengena.


Okay, keep it real please. Oh ya, ini entri aku juga, peringatan untuk diri sendiri yang pernah juga terjebak dalam penulisan entri konon nak bagi orang terasa. Kita manusia biasa, ada picisan rasa benci tu, normal lah aku rasa, apa yang kau harapkan pada manusia biasa, kan? Tapi kita bisa mengubah, insyaAllah.

bila rindu


Ketika kehadiranmu aku selalu tidak mengerti betapa engkau terlalu berharga bagi diriku. Kini, kau telah pergi meninggalkan aku. Pergi jauh tidak kembali. Aku seperti terkesima dengan khabar yang kau bisikkan. Aku amat terkilan kerana aku belum sempat memberimu kebahgiaan. Aku rindu kau, aku sayang kau dan aku amat memerlukan kau. Tapi, Tuhan ternyata lebih menyayangi mu. Segala cerita yang kau lakaran dalam hidupku akan aku sematkan dalam lubuk sanubariku.

Abang…

Tiada kata yang mampu eyda ucapkan lagi,

Tiada lagi air mata ini buatmu,

Kerana tidak ada perkataan,

Tidak tercurah perbuatan,

Untuk meggambarkan kepedihan yang aku alami,

Atas pemergianmu,

Abang..

eyda hanya mampu mendoakan kebahagiaan abang,

Bersemadi tenang di sisi Illahi,

Abang..

Andai suatu hari kita berjumpa,

eyda ingin katakan pada abang,

eyda ingin ucapkan pada abang,

Betapa eyda amat memerlukan abang,

Abang..

Duniaku ini seakan terhenti sewaktu jantungmu terhenti,

Luluh,

Hati yang membara dengan kasih sayangmu,

Abang..

eyda harap setiap kali eyda pejamkan mata,

Membayangkan kenangan kita,

eyda harap abang dapat bersama,

Walaupun bukan di alam nyata,

Abang…

Tiada lagi kini aku dengar,

Lagu yang kau mainkan untukku,

Gurau senda yang kau berikan,

Tiada lagi aku rasai,

Kasih sayang yang kau curahkan,

Sentuhan perangsang yang kau labuhkan,

Walau pada pandangan manusia,

Gelaran abang hanya untuk darah yang sama,

Tapi,

Ku buktikan pada diriku,

Darah berbeza yang mengalir antara kita,

Tidak pernah mencipta jurang hubungan,

Abang..

Andai abang mampu mendengar segala ritihan eyda,

Damailah di sana,

Ketahuilah bahawa abang sangat bererti dalam hidup eyda,

Ketahuilah bahawa kehilangan mu amat di rasa,

Abang..

Apalah daya eyda melawan takdir,

Apalah upaya eyda mengubah kehendak,

Apalah kekuatan eyda menolak kesedihan,

Apalah gigihnya eyda meredah kenangan,

Abang.. Hanya doa yang mampu aku kirimkan,

Hanya kenangan yang mampu aku sandarkan,

Hanya air mata yang mampu aku curahkan,

Hanya rindu yang mampu aku turutkan,

Abang…
 
Pemergianmu membawa cerita,

Abang…

Perjalanan ku masih jauh..

Dikau tiada sewaktu aku memerlukan sokonganmu,

Dikau pergi sewaktu aku hilang kekuatan,

Kirimkan semangat untuk ku,

Biar kau jauh di sebalik awan,

Utuskan kata rindumu,

Biar hanya khabar dalam mimpiku,

Abang…

eyda akan berusaha,

eyda akan meneruskan hidup ini,

eyda akan membawa impian ini,

Akan eyda redahi,

Kerana cita-citaku,

Adalah cita-citamu jua,

Abang..

Izinkan eyda memanggil nama abang,

Hanya untuk melepaskan rinduku,

Andai ia singgah bertahta di hati,

Abang…

Abang…

Abang…

Semoga Kau Aman dan ku harap Syurga menantimu di sana.

Ya Allah tempatkan lah dia di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Perliharalah dia dari 

kesengsaraan di Alam sana Ya Allah. Sesungguhnya, aku sangat sayang padanya..